Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN II - PENUBUHAN TAMAN NEGERI

Seksyen

3

Tajuk

Penubuhan Taman-Taman Negeri
3 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh merizabkan mana-mana tanah Negeri bagi maksud sesuatu Taman Negeri di bawah suatu nama yang akan diberi kepadanya.

3 [2]

Kawasan yang dirizabkan sedemikian hendaklah diletakkan di bawah pengurusan suatu Perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6.

3 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa yang
difikirkan patut membatalkan atau mengubah perizaban sesuatu kawasan atau sebahagiannya sebagai suatu Taman Negeri.

3 [4]

Apa-apa perizaban tanah di bawah seksyen ini hendaklah
diberitahu dalam Warta dan pemberitahuan ini hendaklah—
(a) memperihalkan tanah rizab itu;
(b) menetapkan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa
mengawal tanah yang dirizabkan sedemikian itu;
(c) menjadi keterangan muktamad bahawa tanah yang
diperihalkan sedemikian itu adalah dirizabkan bagi maksud Enakmen ini.

3 [5]

Bagi maksud pengurusan dan pentadbiran Taman Negeri
yang dikelilingi oleh Taman Laut Perbadanan boleh dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah Perikanan yang bertanggungjawab terhadap Taman Laut yang ditubuhkan di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317] untuk mengawas dan mentadbirkannya.

3 [6]

Bagi maksud subseksyen (1), semua perizaban yang dibuat
hendaklah, dengan seberapa segara yang boleh selepas diwartakan, dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.