Enakmen Putrajaya ( Pelaksanaan Fungsi) 1995

Seksyen

3

Tajuk

Penyerahan Fungsi Peletakhakan Kuasa Dan Hak.
3 [1]

Bagi maksud memberikan kuatkuasa kepada Perjanjian, adalah sah bagi Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui perintah menyerahkan kepada atau meletakhakkan pada-

(a) seseorang Menteri Kerajaan Persekutuan;

(b) Perbadanan

(c) mana-mana pegawai awam dalam perkhidmatan                    Kerajaan Persekutuan; atau

(d) mana-mana pegawai Persekutuan,

mana-mana fungsi yang dikenakan pada, atau mana-mana kuasa atau hak yang diletakhakkan pada, Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pengkhidmatnya melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

3 [2]

Bilamana sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1) dan Pihak Berkuasa Negeri mendapati bahawa adalah perlu atau suaimanfaat dibuat ubahsuaian kepada mana-mana undang-undang Negeri berbangkit daripada pembuatan perintah di bawah subseksyen (1) itu, Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam perintah yang sama atau perintah yang lain, membuat ubahsuaian itu.

3 [3]

Dalam seksyen ini, “Pihak Berkuasa Negeri” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam masing-masing undang-undang bertulis yang disebut dalam subseksyen (1).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.