Enakmen Majlis Bandaraya Shah Alam 2000 – Disemak 2016

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Pindaan gelaran-gelaran
4

Melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain, dalam mana-mana undang-undang bertulis—

(a) rujukan kepada “Majlis Perbandaran Shah Alam” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Majlis Bandaraya Shah Alam” atau “the Shah Alam City Council”;

(b) rujukan kepada “Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Shah Alam (sebagai satu perbadanan)” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam”;

(c) rujukan kepada “Ahli-ahli Majlis” atau “Ahli-ahli Majlis Perbandaran Shah Alam” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam”;

(d) rujukan kepada “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Shah Alam” atau kepada “Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Shah Alam” hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam” atau “Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam”; dan

(e) rujukan kepada “Perbandaran” atau kepada “Ahli-ahli Majlis Perbandaran Shah Alam” atau kepada “Yang Dipertua bagi Ahli-ahli Majlis” (berkenaan dengan suatu Perbandaran) hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada “Majlis Bandaraya Shah Alam”, “Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam” atau “Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam”.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.