Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Pindaan gelaran-gelaran
4

Apabila taraf Majlis Daerah Kuala Langat diubah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala rujukan dalam tiap-tiap undang-undang bertulis—

(a) kepada “Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “the Kuala Langat Municipal Council”;

(b) kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat” (sebagai suatu perbadanan) hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat”;

(c) kepada “Ahli-Ahli Majlis” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat”;

(d) kepada “Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat” atau kepada “Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “Timbalan Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Kuala Langat”; dan

(e) kepada “Daerah” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah” atau kepada “Yang Dipertua bagi Ahli-Ahli Majlis” (berkenaan dengan suatu Daerah) hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada “Majlis Perbandaran Kuala Langat”, “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat”.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.