Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
91) PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI DI BAWAH PEJABAT DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa dan penyelenggaraan Pejabat Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.
-
Terangkan secara ringkas kerosakan yang ada pada setiap DOR ini serta kos pembaikan.
-
Apakah status terkini berkenaan arahan untuk menyerah peruntukan dan tugas penyelenggaraan DOR ini kepada MDKL?
92) PROJEK PENUKARGANTIAN PAIP AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk menukarganti paip air lama untuk tahun 2020?
-
Senaraikan projek-projek penukargantian paip air yang telah diluluskan untuk tahun 2020 dan sudah bermula.
-
Senaraikan juga projek-projek penukargantian paip air yang telah bermula pada tahun 2019 tetapi masih belum selesai sehingga sekarang.
93) PERMOHONAN BARU PROGRAM-PROGRAM IPR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah banyak permohonan baru yang telah diterima sehingga sekarang untuk program Kasih Ibu Smart Selangor, Peduli Sihat dan Anak Istimewa Selangor (ANIS) mengikut DUN?
-
Berapakah banyak pula permohonan yang telah diluluskan untuk setiap DUN?
94) PERUNTUKAN PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah banyak peruntukan telah diperuntukkan untuk tahun 2019 dan 2020 bagi program PTRS?
-
Berikah pecahan kepada setiap satu kegunaan peruntukan untuk kedua-dua tahun ini?
95) BANGUNAN BARU MDKL/MPKL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratusan siap dan situasi terkini bangunan baru MDKL ini sehingga sekarang?
-
Apakah keputusan dan arahan terkini daripada Kerajaan Negeri dan MDKL?
96) PROJEK TEBATAN BANJIR DI DUN PANDAMARAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan senarai projek tebatan yang akan dilaksanakan dan telah dilaksanakan di DUN Pandamaran dari tahun 2017 hingga 2020.
-
Nyatakan tarikh projek mula dan tarikh siap serta kos-kos projek tersebut
97) JEJANTAS JALAN LANGAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Jejantas di depan HTAR, Jalan Langat mengalami kerosakkan bumbung yang teruk sudah dua tahun. Adakah Kerajaan berniat untuk memperbaiki atau menaiktaraf jejantas tersebut? Nyatakan tarikh permulaan kerja-kerja pembaikan jika ya.
98) YANG DIPERTUA MAJLIS BANDARAYA/ PERBANDARAN/ DAERAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Ada kemungkinankah Kerajaan Negeri dapat memilih orang tempatan untuk menjadi YDP PBT masing-masing?
99) PERUNTUKAN UNTUK JKR DAERAH KLANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan yang telah diluluskan kepada JKR Klang pada tahun 2020 mengikut:Êa) Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. b) Peruntukan dari Kerajaan Negeri
100) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Adakah keutamaan peruntukan diberikan kepada pembinaan jambatan di antara Sungai Pelek dan Bukit Pelandok?
-
Apakah ada perancangan meningkatkan kemudahan pelancong seperti pentas terbuka, taman tema air di pantai Bagan Lalang? Mohon beri perhatian.