Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

134) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penyelenggaraan jalan di MBSA adalah sekitar RM5 juta setahun berbanding pendapatan tahunan sekitar RM210 juta. Huraikan kenapakah belanjawan untuk penyelenggaraan ini kecil berbanding pendapatan yang diperolehi?

    Klik jawapan »

  2. Berikan penjelasan kenapakah tidak dibuat kajian menyeluruh di semua PBT supaya peruntukan secukupnya disalurkan untuk penyelenggaraan parit dan jalan

    Klik jawapan »

  3. Sila jelaskan apakan kriteria utama yang ditimbangkan sebelum sesuatu PBT meluluskan belanjawan penyelenggaraan

    Klik jawapan »

135) BILLBOARD MILIK PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Adakah PBT memiliki billboard? Jika ada, berapa buah, saiz dan lokasi bagi setiap PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah billboard haram yang mengiklankan bekas Menteri Besar tidak dirobohkan, di mana dan mengapa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan terhadap PBT yang masih membiarkan billboard tersebut setelah 2 tahun dilantik Menteri Besar yang baru?

    Klik jawapan »

136) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Suruhanjaya ini untuk mengatasi kekurangan representasi bukan Melayu dalam perkhidmatan awam di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah dasar pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan semua butir-butir kes tatatertib yang telah dirujuk kepada Suruhanjaya ini semenjak tahun 2008 dan penamatan perkhidmatan (jika ada).

    Klik jawapan »

137) PENUKARAN ‘DEWAN UNDANGAN NEGERI’ KEPADA ‘DEWAN NEGERI’

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Atas alasan apakah nama `Dewan Undangan Negeri` Selangor ditukarkan kepada `Dewan Negeri` Selangor?

  2. Bukankah `Dewan Undangan Negeri` lebih tepat kerana Dewan ini menggubal undang-undang (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005: 346-347)?

  3. Bagi menyelaraskan penggunaan, adakah diterima supaya `Dewan Undangan Negeri` diterima pakai kembali?

138) AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah perbelanjaan Kerajaan Selangor telah belanja kepada Ahli Majlis pada tahun 2009?

    Klik jawapan »

139) MASJID

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar masjid-masjid tidak dijadikan gelanggang berpolitik. Apakan langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan titah arahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini adakah mana-mana masjid yang telah melanggar titah arahan ini dan sekiranya berlaku perlanggaran tersebut apakah bentuk pendakwaan dan hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang itu didapati bersalah mengingkari titah arahan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan bercadang untuk menghalang mereka yang aktif berpolitik agar tidak menyampaikan khutbah dan memberikan ceramah?

    Klik jawapan »

140) HASIL PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah gagal mencapai sasaran hasil kutipan pasir yang disasarkan berjumlah RM150 juta setahun. Bagaimanakah cara pengiraan sehingga kerajaan negeri mendapat angka sasaran RM150 juta tersebut

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengemukakan anggaran baru hasil pasir dalam setahun?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor Ð faktor yang menggagalkan usaha kerajaan negeri untuk meraih sasaran kutipan tersebut?

    Klik jawapan »

141) INFRASTRUKTUR DAN PEMBAIKPULIHAN JALANRAYA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah wang kepada Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Selangor) setiap tahun untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan di Selangor. Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk tahun 2009 dan tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan peruntukkan tersebut di Selangor ?

    Klik jawapan »

142) PADI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah keluasan tanah yang digunakan untuk tanaman padi di seluruh negeri?

  2. Berapakah jumlah hasil tahunan bagi tahun 2008-2009?

  3. Berapakah keluasan tanah yang strategik dan hasil penanaman padi yang minima untuk negeri Selangor?

143) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil , tokong dan gereja?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor yang telah menerima atau ditimpa ancaman keganasan, kebakaran dan kerosakan dari segi fizikal

    Klik jawapan »