20) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui Selangor Aerospace Council untuk menyuburkan ekosistem industri Aero Angkasa yang berdaya saing di 3S Aerospace Belt?
20) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek-projek Rumah Selangorku yang telah mendapat serahan milikan kosong (VP) dan perakuan siap dan pematuhan (CCC).
-
Nyatakan projek Rumah Selangorku yang gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan tiada penangguhan siap kerja projek rumah Selangorku?
20) PERUNTUKAN PWB
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah sistem pengurusan terhadap peruntukan PWB?
20) PERUMAHAN TERBENGKALAI – PROJEK TAMAN KAMPUNG SUNGAI YU INDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Pihak pembeli telah dijanjikan oleh kerajaan negeri untuk menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2014 - status terkini projek taman kampung sungai yu indah?
-
Bilakah pembeli-pembeli akan dapat menduduki rumah berkenaan?
20) KENAIKAN GAJI GURU KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kenaikan guru KAFA yang telah diluluskan dan bilakah kenaikan tersebut akan dilaksanakan?
-
Adakah terdapat perbezaan kenaikan bergantung kepada peringkat usia, pangkat dan tempoh masa kerja? Huraikan.
-
Apakah kaedah perlaksanaan kenaikan tersebut, adakah secara berperingkat ataupun sama rata?
20) PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT DAN BERBAHAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Penyakit berjangkit dan berbahaya boleh mengancam nyawa seseorang yang menghidapnya tidak kira umur, jantina, kaum dan bangsa. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi tahap kebersihan dan prasarana serta kemudahan awam di setiap kawasan bandar, kampung dan pendalaman bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan berbahaya?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan jangka pendek dan jangka panjang dari Kerajaan Negeri di dalam membendung penularan penyakit berjangkit dan berbahaya?
-
Nyatakan statistik terkini penyakit berjangkit dan berbahaya di dalam Negeri Selangor khususnya di Pelabuhan Klang?
20) JEREBU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk menangani masalah jerebu yang berulang?
-
Apakah tindakan proaktif kerajaan bagi mengelak kesihatan rakyat terkesan oleh jerebu yang berpanjangan?
-
Berapakah kos kerugian yang dialami Selangor natijah jerebu?
20) ISU BANJIR DI KAWASAN TAMAN HARMONI, BALAKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengatasi masalah banjir di Taman Harmoni, Balakong yang telah berlaku lebih daripada 10 Tahun?
20) PENCEMARAN UDARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pencemaran udara daripada pembakaran plastik di Ijok amat ketara. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, PTD dan Majlis Tempatan untuk membenteras aktiviti haram ini?
20) BANGUNAN BERSEJARAH DAN WARISAN SELANGOR DI KUALA LUMPUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua bangunan bersejarah yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta keadaan guna pakai bangunanbangunan tersebut pada masa sekarang
