Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

78) TATACARA BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneliti semula garis panduan yang sedia ada di peringkat pejabat daerah berkenaan tatacara bagi penggunaan peruntukan ADUN?

    Klik jawapan »

  2. Kalau ya, adakah garis panduan baru yang terperinci akan dikeluarkan bagi memastikan tidak berlakunya salah guna peruntukan dan penyelewengan?

    Klik jawapan »

81) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Ternakan Moden Babi di Selangor. Baru-baru ini didapati kes penyakit selesema babi H1N1 telah melanda dunia secara global dan Malaysia tidak terkecuali dari terkena gejala penyakit ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

84) PROGRAM IBU TUNGGAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Program Ibu Tunggal amatlah baik jika kita tadbir-urus dengan sempurna. Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal yang belum dibela. Apakah program-program yang telah dan akan dilancarkan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah dengan pendaftaran mereka?

    Klik jawapan »

  3. Berapa ramaikah yang telah mendapat faedah melalui Program Ibu Tunggal sehingga kini?

    Klik jawapan »

85) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak projek menyiapkan projek terbengkalai telah diusahakan Kerajaan Negeri semenjak Mac 2008 sehingga Jun 2009.

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah utama yang menghalang Kerajaan Negeri untuk membantu menyiapkan projek tersebut

    Klik jawapan »

  3. Berapa peratus masalah projek terbengkalai ini berjaya diatasi sehingga kini.

    Klik jawapan »

94) TERNAKAN RUMINAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penternak dan jenis ternakan ruminan di Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi kerajaan untuk membangunkan industri ternakan ruminan?

    Klik jawapan »

95) LAPORAN KEWANGAN ANAK SYARIKAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Laporan Kewangan Anak Syarikat Tahun 2008 telah diaudit. Terdapat beberapa anak syarikat ini telah menghadapi kerugian yang serius. Sila senaraikan nama-nama Anak Syarikat yang mengalami kerugian.

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca-punca yang menyebabkan Anak Syarikat tersebut mengalami kerugian?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

96) PERBELANJAAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah perbelanjaan Kerajaan Negeri telah memperlihatkan kesan-kesan positif berikutan perbelanjaan berhemah dan berjimat-cermat? Sila beri contoh dan perbandingan sebelum ini.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan cara-cara kerajaan dapat mengurangkan ketirisan dan bilakah kerajaan akan mengguna sistem tender yang tidak berasaskan kaum.

    Klik jawapan »

97) MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Program kebajikan Skim Mesra Usia Emas (MUE) ternyata mendapat sambutan. Bilakah fasa kedua MUE akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelebihan dan manfaat Fasa II MUE kepada warga emas di Selangor?

    Klik jawapan »

98) PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah prestasi Tourism Selangor dalam mempertingkatkan pendapatan sektor pelancongan bagi tahun 2008-2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan dalam pembangunan eko-pelancongan di Daerah Hulu Langat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan dalam usaha mempromosikan Bandar Kajang sebagai Bandar Sate?

    Klik jawapan »

99) SKIM VSS KAKITANGAN KHSB

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Lembaga Pengarah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) telah meluluskan skim VSS pada 23 April 2009. Sehingga bulan Oktober 2009: Adakah skim ini telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sudah wujud senarai nama kakitangan yang telah atau akan ditawarkan skim ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi KHSB sekiranya skim ini dilaksanakan sepenuhnya?

    Klik jawapan »