34) TERMINAL BAS DAN TEKSI PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Amnya di Pelabuhan Klang terdapat sebuah terminal bas dan teksi bagi kegunaan masyarakat setempat dan pelancong asing tetapi fasiliti tidak dapat digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi menghidupkan semula kawasan tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri turut membantu dalam memajukan stesen bas di Pelabuhan Klang dan kawasan sekitarnya?
-
Nyatakan perancangan yang telah atau akan dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktarafkan kawasan tersebut?
34) PERTANIAN MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak kerajaan akan memperkenalkan kaedah pertanian moden kepada petani di tanah Gambut
-
Apakah usaha kerajaan untuk menambahkan sumber makanan di Selangor
-
Berapakah jumlah petani yang telah terlibat dalam plant factory dan apakah keberkesanannya terhadap sektor pertanian
34) FENOMENA EL-NINO
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi Fenomena El- Nino yang dijangka melanda Negara sekitar bulan Jun sehingga bulan September tahun ini?
-
Apakah pula tindakan yang akan diambil untuk mengurangkan jerebu hasil dari kebakaran kawasan tanah gambut?
34) PRESTASI PERBELANJAAN GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bajet 2012 Selangor memperuntukkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perbelanjaan geran RM300 juta tersebut?
-
Nyatakan kategori, projek atau program serta kos yang telah dibelanjakan?
-
Apakah kayu ukur keberhasilan atau impak perbelanjaan geran tersebut?
34) PENGUBAHSUAIAN PREMIS TANPA KAWALAN DAN KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuaian premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan di gerai-gerai UPEN & PLB amat menyakitkan mata. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu ini dan bolehkah pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah wajah gerai-gerai ini agar lebih tersusun dan seragam, dan sedap mata memandang
34) PERSEDIAAN MENGHADAPI ISU ‘AGEING SOCIETY’
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar ekonomi berkebajikan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah ageing society?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kemudahan awam untuk menangani masalah ageing society?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah pusat aktiviti warga emas di Selangor?
34) GEJALA SOSIAL DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah seriusnya gejala sosial dan kesalahan moral berlaku di Selangor?
-
Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasinya?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri menangani gejala ibu mengandung tanpa nikah dan buang bayi di Negeri Selangor?
34) TADBIR URUS ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak dakwaan tadbir urus tidak baik khasnya melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan ( accountable ) terhadap masalah ini ?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan program tertentu untuk mengukuhkan tadbir urus anak syarikat terbabit ?
-
Apakah rancangan dan tindakan untuk memulihkan kredibiliti anak syarikat yang terjejas yang terjejas ?
34) PEMBINAAN ASRAMA DAN SEKOLAH SRJKT(T) LADANG COALFIELDS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membetulkan persepsi rakyat Ijok terhadap masalah ini?
34) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak program pembangunan usahawan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sepanjang tahun 2012 (sehingga Jun)
-
Apakah program bantuan kewangan usahawan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
-
Apakah program pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan bantuan yang disalurkan digunakan dengan sewajarnya?
