Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
21) TARIKAN BAHARU PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri dalam mewujudkan tarikan-tarikan baharu bagi menggalakkan industri pelancongan di Negeri Selangor?
22) SUMBER HASIL PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah sumbangan hasil tunai ataupun jumlah-jumlah bayaran hutang yang telah diberikan oleh GLC kepada Kerajaan Negeri?
23) PENDAPATAN ISI RUMAH PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat di Negeri Selangor mengikut pecahan kumpulan T20, M40 & B40?
24) ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Menurut Laporan pihak Kementerian Malaysia, kebanyakkan peratusan aedes positif dijumpai di tempat tidak terurus/ terbiar seperti tanah/ lot kosong, rumah terbengkalai dan sebagainya. Adakah Kerajaan Negeri boleh memperuntukkan dana khas bagi pembersihan tempat tidak terurus/ terbiar seperti berikut?
25) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sama ada Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Selangor mencukupi bagi menampung jumlah pelajar yang memerlukan perhatian khas di bawah Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Selangor?
26) SKIM KEBAJIKAN UNTUK BANGUNAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jenis Skim atau bantuan kebajikan yang masih ditawarkan oleh Kerajaan Negeri khususnya untuk Pangsapuri Kos Rendah (contoh seperti Skim Ceria).
-
Sila terangkan tawaran yang disediakan oleh setiap Skim yang telah disenaraikan serta jumlah peruntukkan yang dibajetkan untuk Skim-skim ini pada tahun 2019.
27) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jenis-jenis peruntukkan (e.g. kecemasan, kawasan) serta jumlah peruntukkan JPS Selangor pada tahun 2019.
-
Apakah JPS Selangor mempunyai rancangan penaiktarafan dan pengindahan kawasan tebing sungai seluruh Selangor pada jangka masa panjang? Sekiranya ada, apakah jangka masa tersebut?
28) RIZAB BERSIH KEWANGAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT sejak tahun 2008 sehingga tahun yang terkini.
-
Sila senaraikan perancangan MBPJ bagi membelanjakan 20 peratus daripada keseluruhan rezab tunai bersih untuk kemudahan asas dan awam seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri.
29) PELANTIKAN KONTRAKTOR SENARAI HITAM KONTRAKTOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bagi penaiktarafan kawasan awam (e.g. pembinaan jalan raya), apakah nilai projek yang menentukan pelantikan kontraktor dilakukan oleh Kerajaan Negeri atau PBT?
-
Secara am, bilakah kita boleh menyenarai hitamkan kontraktor dan bagaimanakah prosedur menyenarai hitamkan kontraktor dilakukan?
30) SENARAI MAKLUMAT KETUA KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kesemua nama ketua kampung, nombor hubungan dan kawasan mereka di seluruh Negeri Selangor.