Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

31) SKIM SEWA BELI RUMAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan projek perumahan dan jumlah unit yang ditawarkan dalam skim sewa beli Kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat mereka yang ingin memohon?

    Klik jawapan »

  3. Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan meluluskan skim sewa beli perumahan?

    Klik jawapan »

32) PEKERJA LADANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan bantuan kerajaan negeri kepada pekerja ladang di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pekerja ladang pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

33) PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Sungai Kelang dibersihkan secara berkala dan apakah skop pembersihan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerja pembersihan Sungai Kelang termasuk menggali dasar sungai?

    Klik jawapan »

  3. Adakah keadaan kebersihan Sungai Kelang berhubung dengan kelakuan banjir di Klang?

    Klik jawapan »

34) MENANGANI MASALAH PENGANGGURAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang lembap, peluang pekerjaan menguncup, sedangkan golongan pencari kerja bertambah di Selangor: i. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi suasana ini? ii. Apakah usaha-usaha yang diambil untuk menyediakan peluangpeluang pekerjaan terutama kepada golongan belia?

35) PENCAPAIAN ONE STOP CENTRE UNTUK WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut


  1. Penghuraian daripada Exco Wanita dan Kesihatan tentang pencapaian One Stop Centre di pusat perubatan

    Klik jawapan »

  2. Perancangan Kerajaan Negeri tentang penambahan lokasi pemeriksaan mamogram mengikut daerah PBT untuk meningkatkan frekuensi pemeriksaan

    Klik jawapan »

  3. Statistik 2013-2014 bagi wanita yang mendapatkan khidmat pemeriksaan mammogram.

    Klik jawapan »

36) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan butiran terperinci jumlah keuntungan KSSB pada tahun 2014?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah royalti pasir yang dibayar kepada kerajaan negeri pada tahun 2014 oleh KSSB?

    Klik jawapan »

37) SUKMA 2015

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Apakah visi kontinjen Negeri Selangor terhadap Sukma 2015 yang akan datang?

    Klik jawapan »

38) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR 2009

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah status program ini?

  2. Di atas perkiraan apakah program ini diumumkan akan menjana pertumbuhan ekonomi bernilai RM50 bilion dalam tempoh 2009Ð2011?

  3. Apakah kerajaan mengaku bahawa program ini gagal dan berapakah perbelanjaan yang terlibat?

39) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah tapak pembuangan sampah haram di Selangor, sila senaraikan mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah untuk menghapuskan tapak-tapak haram ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah tapak tanah yang dirampas kerana jadi tempat pembangunan sampah haram?

    Klik jawapan »

40) KAWALAN KESELAMATAN DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan keselamatan di PPR di Selangor terjamin?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan negeri bagi membekalkan pengawal keselamatan di PPR pada tahun 2014?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah proses lantikan, skop kerja syarikat kawalan keselamatan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »