1) CADANGAN MENCAIRKAN ASET 200 HEKTAR TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah aset ini dikenalpasti?
-
Mengapakah selama ini aset tersebut disimpan?
-
Apakah cara terbaik menggunakan aset ini?
1) BANTUAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan bencana yang dibayar oleh Pejabat Daerah?
-
Nyatakan statistik bencana mengikut pecahan DUN.
1) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kutipan sampah oleh KDEB
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh KDEB.
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka masa pendek dan panjang KNS dalam konteks mempertingkatkan mutu perkhidmatan kutipan dan pembersihan sampah.
1) PEMELIHARAAN HUTAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan statistik keluasan hutan yang telah dibuka untuk penempatan penduduk?
-
Sila huraikan apakah usaha pemeliharaan hutan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
-
Sila nyatakan apakah perancangan holistik bagi memastikan kelestarian khazanah hutan Negeri terus terpelihara demi generasi akan datang?
1) TEMPOH PAJAKAN OPERASI KUARI DI RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis dan jumlah sumbangan industri kuari kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008-2015.
-
Senaraikan lokasi dan lot tanah serta tempoh pajakan untuk kuari-kuari di Rawang.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kawasan kuari yang terletak dalam zon penampan dan menyebabkan pencemaran udara kepada kawasan perumahan berdekatan?
1) KELULUSAN TANAH KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah kakitangan kerajaan atau Pejabat Daerah & Tanah ditawarkan tanah setelah berkhidmat dalam tempoh tertentu?
-
Nyatakan tawaran-tawaran yang dibuat oleh GLC berkaitan hartanah kepada manamana kakitangan awam/ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Apakah kadar yang dikenakan?
1) PESAWAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sejak dua musim lalu terdapat pengurangan hasil padi yang ketara di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah-masalah berikut: i) Masalah kekurangan air dan siput gondang. ii) Masalah tidak mampu untuk membeli baja dan racun tambahan. iii) Masalah kualiti benih padi yang rendah.
1) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION SDN BHD (SIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010?
1) PRESTASI KUTIPAN HASIL NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan hasil Negeri sehingga 30 Jun 2017 mengikut pecahan daerah.
-
Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti akan menjejaskan prestasi kutipan hasil Negeri?
-
Apakah perkembangan terkini usaha penerokaan sektor-sektor baru bagi meningkatkan kutipan hasil Negeri ?
