Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

301) TASKA / TADIKA DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah undang-undang yang patut dipatuhi untuk penubuhan taska atau tadika di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan taska atau tadika ditubuhkan di dalam Bangunanbangunan Kerajaan Selangor sehingga masa kini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bilangan Bangunan Kerajaan Selangor yang masih tidak ada taska atau tadika?

    Klik jawapan »

302) TAMBAK PESISIR PANTAI DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan penambakan pesisir pantai daerah Sabak Bernam yang selalu runtuh?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan secara terperinci kos penambakan pesisir pantai tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan kontraktor yang dilantik dan kaedah pemberian tender?

    Klik jawapan »

303) PENJAJA WARGA ASING

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau lambakan penjaja warga asing di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan penguatkuasaan yang telah diambil oleh PBT bagi mengekang penambahan penjaja warga asing tersebut pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

304) TANAMAN KONTAN DI TAPAK REZAB HUTAN KUALA LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan berkenan pekebun sayur yang menjalankan aktiviti tanaman kontan di tapak tanah rizab Hutan Kuala Langat?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah mereka diluluskan Lesen Menduduki Sementara (T. O. L)?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jenis bantuan kerajaan bagi kepada pekebun-pekebun?

    Klik jawapan »

305) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD (KSSB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak penubuhannya?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan selain pasir, apakah KSSB bersedia menerokai perlombongan bauksit bagi menjana hasil tambahan?

    Klik jawapan »

306) PRESTASI KUMPULAN WORLWIDE HOLDINGS BERHAD (KWHB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah projek-projek KWHB dan anak syarikatnya serta status pelaksanaan pada tahun 2015?

  2. Berapakah nilai dan keuntungan dari projek-projek tersebut?

307) RUMAH KOSONG DI TAMAN KASAWARI BUKIT ROTAN KUALA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri sedar akan kekosongan 60 buah rumah yang terbiar di Taman Kasawari Bukit Rotan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan rumah-rumah kosong berkenaan dapat ditawarkan semula kepada mereka yang memerlukan?

    Klik jawapan »

308) SUBSIDI YURAN TASKA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Pekeliling bil. 04/2007 dan 13/2008 berkenaan pemberian subsidi yuran Taska telah diganti dengan Pekeliling bil. 38/2013. Adakah Kerajaan Selangor bersedia melakukan sesuatu yang melebihi apa yang diperuntukkan dalam surat pekeliling ini sebagai penghargaan kepada sumbangan kakitangan awam wanita?

    Klik jawapan »

309) GERAN TANAH KAMPUNG CHEMPAKA DAN PENGALIAN HALEHWAL TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah permohonan geran-geran tanah oleh penduduk-penduduk Kampung Chempaka yang telah lama dibuat tidak dapat diluluskan lagi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan ada rancangan untuk meningkatkan efisiensi pengendalian hal-ehwal tanah di Kerajaan Negeri Selangor? Adakah KPI telah ditentukan? Sila huraikan.

    Klik jawapan »

310) RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA AIR BERSAMA SPLASH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini rundingan bersama SPLASH berkaitan penstrukturan semula industri air Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kekangan sehingga mengambil masa yang lama untuk diputuskan?

    Klik jawapan »