Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

211) PERBELANJAAN PENERBITAN AKHBAR SELANGORKINI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon menyatakan jumlah kos yang dibelanjakan setiap minggu untuk menerbit dan mengedar akhbar Selangorkini.

  2. Agensi atau jabatan mana yang bertanggungjawab menguruskan penerbitan akhbar berkenaan?

212) KEBERSIHAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Pelan tindakan segera dan jangka panjang oleh Majlis Perbandaran Klang dan semua pihak berkuasa berkenaan lain bagi menyelesaikan isu pembuangan sisa pepejal secara haram yang semakin meruncing di perairan Pelabuhan Klang terutama di sekitar Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara (North Port).

    Klik jawapan »

213) WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kesan pemasangan 2,500 hotspots WiFi Smart Selangor kepada rakyat? Senaraikan 2,500 hotspots mengikut DUN.

    Klik jawapan »

214) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Mengapakah program JOM Shopping bagi peserta SMUE sudah tidak diadakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan bayaran RM500.00 kepada peserta SMUE sementara baki RM2,000.00 dibuat kepada keluarga waris selepas kematian?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bilangan peserta SMUE sehingga bulan Disember 2015 ?

    Klik jawapan »

215) SKIM RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah pembeli Rumah Selangorku yang diluluskan dan berjaya mendapatkan pinjaman bank?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pembeli Rumah Selangorku yang diluluskan tetapi tidak berjaya mendapatkan pinjaman bank?

    Klik jawapan »

216) KOREKAN PENGELUARAN TANAH MERAH DI KG BUKIT KERAYONG, KG BUKIT KAPAR DAN KG BUKIT CHERAKAH JAYA DUN MERU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Adakah disyaratkan had kuantiti, keluasan, kedalaman tanah dan tempoh masa setiap permit dikeluarkan?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan setiap permohonan yang mendapat permit atas lot persendirian dan rizab jalan sejak tahun 2008 hingga 2016

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah dikenalpasti pemindahan tanah berpermit?

    Klik jawapan »

217) KEMPEN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tahap kesihatan rakyat Selangor semenjak kempen ini dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kayu ukur yang digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan kempen ini?

    Klik jawapan »

218) PROJEK RUMAH PPR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Mohon Kerajaan Negeri memberikan data, berapakah jumlah projek rumah PPR yang telah dan sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah mendaftar sebagai pemohon?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah yang telah diluluskan permohonannya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat unjuran keperluan rumah PPR di kawasan tertentu?

    Klik jawapan »

219) PEMBERIAN KONTRAK DAN BEKALAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan kontrak yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun, dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  3. Dari jumlah bilangan kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor, berapa kontrak dan bekalan diberi kepada syarikat bumiputera dan juga bukan bumiputera?

220) TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan syarikat-syarikat dari negara TPP yang melabur di Negeri Selangor, nyatakan jenis peniagaan/projek dan nilai pelaburan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memitigasi risiko bab Investor-state dispute settlement (ISDS) di TPPA?

    Klik jawapan »