Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

231) PROJEK PERUMAHAN PKNS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Pecahan terperinci projek perumahan mewah berbanding mampu milik yang dikendali oleh PKNS dan semua anak syarikat PKNS selaku perbadanan kemajuan ekonomi negeri.

    Klik jawapan »

232) JALAN ALTERNATIF TANPA TOL BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Adakah mana-mana pihak Agensi kerajaan atau pihak Syarikat swasta akan bina jalan awam tanpa tol menghubungi kota kemuning atau ke Jenjarom untuk kemudahan penduduk Bandar Saujana Putra Jenjarom?

    Klik jawapan »

233) BANJIR KILAT DI LOT 2977 KG. PAYA JARAS TENGAH MUKIM SUNGAI BULOH 1

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah ada mekanisme oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menutup longkang sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku di lot tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada peruntukan khas untuk penyelenggaraan dalam lot-lot yang mempunyai sistem perparitan gunasama?

    Klik jawapan »

234) MBI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan ahli-ahli lembaga terkini bagi MBI serta anak-anak syarikatnya.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan wakil-wakil rakyat (Adun/ MP/ Senator) yang dilantik sebagai ahli lembaga bagi syarikat tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah bayaran kepada setiap ahli lembaga tersebut.

    Klik jawapan »

235) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan.

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2015.

    Klik jawapan »

236) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja memasang lampu jalan segmen Pekan Sekinchan akan disiapkan ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf permukaan Jalan Persekutuan 5 yang berlekuk-lekuk dari Tanjung Karang ke Sekinchan akan dilakukan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan kekerapan kerja-kerja tersebut dalam setahun ?

    Klik jawapan »

237) STATUS SOALAN BERTULIS SIDANG YANG LEPAS MASIH TAK DIJAWAB

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah jawapan tersebut boleh diperolehi ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lamakah tempoh ia boleh diperolehi selepas sidang dewan?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah status soalan yang masih belum terjawab sehingga sidang baru akan bermula lagi?

    Klik jawapan »

238) PRESTASI PENYELENGGARAAN BANGUNAN ANNEX DAN SUK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah prestasi kerja-kerja penyelenggaraan ini memuaskan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat aduan berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang menyambung kontrak bagi syarikat-syarikat yang telah tamat tempoh kontrak?

    Klik jawapan »

239) PEGAWAI-PEGAWAI ATASAN DI MBPJ

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Memohon diberi senarai penuh semua pegawai di Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang berpangkat gred 48 dan ke atas serta maklumat, pengalaman kerja, sejarah perjawatan, semua keraian, elaun, gaji pokok, imbuhan, ganjaran dan bonus yang diterima oleh setiap satu daripada mereka pada masa sekarang.

    Klik jawapan »

240) TANAH RUMAH IBADAT ISLAM DAN SELAIN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua tanah hak milik, pajakan atau warta di kawasan pentadbiran MBPJ untuk kegunaan rumah ibadat, dan sila perincikan mengikut agama, status tanah dan saiz tanah tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan membenarkan tanah milik persendirian untuk ditukar menjadi tanah rumah ibadat di kawasan pentadbiran MBPJ?

    Klik jawapan »