Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

201) JUMLAH SEKTOR PELABURAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis


  1. Mohon dijelaskan 20 sektor-sektor utama pelaburan dalam negeri Selangor dan berapakah nilai pelaburannya serta jangkaan keuntungan daripada pelaburan tersebut.

  2. Dalam 20 sektor tersebut, berapakah jumlah pelabur dari luar negara dan dari negara mana?

  3. Apakah kesan langsung yang dapat dikenal pasti setelah pelaksanaan GST?

202) PERANGKAP SAMPAH DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis


  1. Sampah-sampah yang hanyut semasa air pasang besar menjadikan pencemaran sungai dan menyakitkan pandangan alam sekitar.

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membuat perangkap sampah di antara Sungai Rambai dan ke Kampung Sepakat Kuala Selangor di Sungai Selangor?

203) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan secara terperinci perbelanjaan bagi melaksanakan perkhidmatan Bas SelangorKu?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan PBT yang telah melaksanakan perkhidmatan Bas SelangorKu dan jumlah bas yang digunakan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah perkhidmatan Bas SelangorKu termasuk dalam perancangan Pelan Induk Pengangkutan Awam yang diwar-warkan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

204) BANTUAN NELAYAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan bantuan nelayan pantai bagi tahun 2014-2015?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jenis bantuan-bantuan yang diberikan dan berapakah bilangan nelayan yang telah menerima bantuan dari tahun 2014 sehingga terkini?

    Klik jawapan »

205) PENYELENGGARAAN JALAN DARI GERAN MARRIS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah geran MARRIS yang telah digunakan untuk penyelenggaraan jalan di setiap kawasan PBT dari tahun 2012-Jun 2015?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kontraktor yang melaksanakan projek mengikut PBT dari 2012-Jun 2015 ?

    Klik jawapan »

206) SKIM KESELAMATAN KEJIRANAN PANGSAPURI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis


  1. Berapa ramaikah yang telah memohon untuk skim ini?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah skim ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial di kawasan kejiranan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau pelaksanaan skim ini?

    Klik jawapan »

207) SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri meningkatkan hasil pengeluaran di SFV?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan prestasi pendapatan dan keuntungan SFV dari tahun 2010-2014?

    Klik jawapan »

208) JENAYAH DAN KESELAMATAN DI KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan prestasi dan keberkesanan Pasukan Keselamatan Kejiranan yang dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapa hanya mengetengahkan tindakan yang dibuat oleh MBSA dan MBPJ sahaja, di mana tindakan dari sepuluh PBT yang lain?

    Klik jawapan »

209) MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah perbezaan pendapatan kutipan cukai setengah tahun 2014 dengan tahun 2015?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan Kerajaan Pusat kepada MDSB tahun 2013 dan 2014?

    Klik jawapan »

210) MANIFESTO PRU13

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat PRU 13?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan penambahbaikan yang berjaya dilaksanakan daripada manifesto ini.

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan manifesto ini dilaksanakan sepenuhnya sebelum PRU 14?