Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

291) HAK AGAMA BUKAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam.

    Klik jawapan »

  2. Jika tiada SOP, sila jelaskan sebab-sebab kelewatan mewujudkan SOP walaupun telah lama dijanji.

    Klik jawapan »

292) INFRASTRUKTUR LANGAT 2

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini projek infrastruktur air Langat 2?

    Klik jawapan »

293) PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG DI TELOK BUNUT, JALAN TELOK BUNUT, BANTING

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis


  1. Mengapa gelanggang bola keranjang berbumbung di Telok Bunut, Banting belum dibina walaupun sebut harga telah lama dihantar oleh Majlis Daerah Kuala Langat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat yang perlu di patuhi untuk PBT atau ADUN memohon pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung?

  3. Berapalah jumlah gelanggang bola keranjang berbumbung telah dibina di setiap PBT selepas PRU 13?

294) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis


  1. Apakah berlaku perubahan dalam senarai pengurusan dan lembaga pengarah YAWAS setelah berlaku perubahan pimpinan kerajaan negeri ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kayu ukur yang digunakan dalam menunjukkan kejayaan skim YAWAS ini

    Klik jawapan »

295) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar yang telah dibenakan rumah-rumah mampu milik sejak tahun 2008.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kawasan-kawasan yang akan dibenakan rumah-rumah mampu milik serta tarikh jangkaan pelancarannya.

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik di kawasan Puchong?

    Klik jawapan »

296) AHLI MAJLIS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan ahli-ahli Majlis terkini mengikut PBT termasuk lantikan yang terbaru?

    Klik jawapan »

  2. Apakah justifikasi dan kriteria pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis?

    Klik jawapan »

297) SKIM PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA DAN PROGRAM UNTUK WANITA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Mengapakah Skim Pemeriksaan Mamogram telah dihentikan?

  2. Sila kemukakan senarai bilangan wanita mengikut DUN yang mendapat manfaat pemeriksaan mamogram setakat Oktober 2014.

  3. Sila kemukakan maklumat skim-skim dan program-program yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Wanita.

298) MENANGANI HAKISAN PANTAI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis


  1. Pantai Remis Sungai Sembilang merupakan pusat riadah yang menjadi tumpuan masyarakat setempat dan luar. Bagaimanapun keindahan tempat riadah ini hilang serinya akibat hakisan pantai yang teruk. Apakah usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah hakisan pantai yang berlaku di kawasan berkenaan?

    Klik jawapan »

299) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Bandingkan keuntungan atau kerugian terkini sebelum cukai yang dicapai oleh keempat-empat syarikat GLC di bawah: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

    Klik jawapan »

300) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah kos pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tarikh dibuka sehingga pejabat tersebut diarahkan tutup?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jawatan kerja yang berkhidmat di pejabat ini dan jumlah gaji yang dibayar kepada mereka?

    Klik jawapan »