Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

1) HOSPITAL AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu tapak untuk pembinaan hospital awam di kawasan Petaling Jaya Ð Subang Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tapak-tapak hospital awam yang telah disediakan tetapi belum dibina di Selangor?

    Klik jawapan »

2) PENDIDIKAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu para pelajar ke Mesir (untuk pengajian Islam, perubatan dan lain-lain) setelah sesi pengajian di sana dibuka; i) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian ii) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas iii) Bagi pelajar-pelajar lepasan ijazah yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah kerajaan untuk mencari pusat-pusat pengajian baru sebagai alternatif, dengan disesuaikan dengan subjek pengajian mereka?

    Klik jawapan »

3) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan program dan projek MES dari 2008-2013?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan impak positif program tersebut kepada rakyat Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menambah program MES yang lain dan berapakah peruntukan diperlukan?

    Klik jawapan »

4) PELABUR LUAR KE NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ramai pelabur-pelabur luar yang datang melabur di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur dari luar agar mereka dapat terus melabur di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan 7 buah Negara luar tertinggi yang melabur di Negeri Selangor dengan bidang dan jumlah pelaburan mereka, serta jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan.

    Klik jawapan »

5) BANJIR KILAT DI PANDAMARAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Banjir kilat telah melanda kawasan Pandamaran pada 3 September 2013 dan 5 September 2013 mengakibatkan 557 keluarga mengalami kerosakan harta benda yang serius. Apakah pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menaik taraf kunci-air 51 di Jalan Papan Pandamaran dan membesarkan kolam tahanan yang sedia ada dan juga menaik taraf parit dan ÔculvertÕ di Lorong Chinniah, Pandamaran untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Pandamaran?

    Klik jawapan »

6) BELIA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan perancangan Kerajaan Negeri Selangor dari segi latihan kemahiran / vokasional bagi belia-belia di desa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan penghijrahan belia dari desa ke kota?

    Klik jawapan »

7) PERUMAHAN MAMPU MILIK PKNS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah definisi Òrumah mampu milikÓ PKNS?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah unit, jenis serta lokasi rumah mampu milik yang telah dibina PKNS berbanding rumah kos sederhana dan tinggi dari 2008-2013?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah unit rumah mampu milik yang akan dibina oleh PKNS sepanjang 5 tahun ini?

8) SILIBUS MAJLIS ILMU MASJID DAN SURAU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah hala tuju majlis-majlis ilmu dalam membentuk fikrah dan sahsiah umat Islam seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan silibus majlis ilmu ke arah cita-cita Selangor sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tiga bidang paling popular dalam majlis-majlis ilmu seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

9) SEKTOR PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk memaju dan mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Selangor. i) Jumlah pecahan mengikut susunan Daerah sejak tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013, ii) Sila menyatakan jenis-jenis projek dan program yang telah di lancarkan di Daerah Kuala Langat; iii) Sebarang projek dan cadangan untuk membangunkan kolam-kolam di Bandar Saujana Putra sebagai tempat beristirahat, riadah dan aktiviti sukan air?

    Klik jawapan »

10) MEMBAIK PULIH JALAN-JALAN KAMPUNG TRADISI DI PINGGIR BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak jalan-jalan dan longkang di kampung-kampung tradisi di kawasan pinggir bandar terletak di tanah-tanah persendirian. Jalan-jalan ini telah wujud sekian lama. Mesyuarat MMKN terdahulu telah meluluskan agar peruntukan Kerajaan Negeri boleh digunakan untuk membaiki jalan-jalan yang telah sedia ada. Berapa banyak jalan-jalan tersebut telah direkodkan oleh pihak PBT atau Pejabat Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peruntukan disediakan untuk membaiki jalan-jalan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah halangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya?

    Klik jawapan »