Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

51) PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan lembaga pengarah, pengurusan kanan dan struktur Perbadanan Wakaf Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah fungsi dan peranan perbadanan?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah kejayaan perbadanan setakat ini?

    Klik jawapan »

52) AIR PERCUMA UNTUK WARGA SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Apakah penyelesaian bagi pengguna meter pukal kerana masih ramai yang belum menikmati skim ini?

  2. Nyatakan lokasi kawasan perumahan mengikut PBT dan jumlah unit masih menggunakan meter pukal?

  3. Senaraikan pangsapuri/flat di Selangor yang telah ditukar dan belum bertukar dari meter pukal kepada meter persendirian mengikut daerah, PBT, Parlimen dan DUN?

53) TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham TSSB?

    Klik jawapan »

  2. Apakah objektif penubuhan, peranan dan nyatakan pendapatan dan keuntungan TSSB 2008-2013 TSSB?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah TSSB membantu industri pelancongan Selangor?

    Klik jawapan »

54) SISTEM PEMBENTUNGAN TERBIAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah cadangan kerajaan Negeri untuk membantu 180 unit rumah di Lembah Beringin yang telah didiami tetapi menghadapi masalah sistem pembetungan terbiar disebabkan pemaju asal tidak menyerahkannya kepada Indah Water Konsortium (IWK) untuk kerja-kerja penyelenggaraan?.

    Klik jawapan »

55) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU,CINA DAN INDIA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah Pusat Kebudayaan tersebut akan dibina?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan perancangan pembinaan Pusat Kebudayaan tersebut masih gagal dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah peruntukan yang akan disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan berapakah anggaran kos pembinaan Pusat Kebudayaan tersebut?

    Klik jawapan »

56) KECICIRAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TIDAK BERSEKOLAH SRA ATAU KAFA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapa ramai jumlah pelajar Islam di Sekolah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor dan berapa ramai pelajar di SRA dan KAFA di Negeri Selangor. Senaraikan pecahan mengikut Daerah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan semua pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan bersekolah SRA atau KAFA?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah anggaran peruntukan diperlukan untuk memastikan pelaksanaan program ini?

    Klik jawapan »

57) UPAH KERANI KAWASAN, PEMBANTU, PEGAWAI TADBIR PUSAT KHIDMAT ADN DAN ANGGOTA-ANGGOTA MMKN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama dan upah bulanan yang dibayar kerajaan kepada setiap kerani kawasan yang ditempatkan di setiap Pusat Khidmat AND sehingga September 2013.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama dan upah bulanan yang dibayar kerajaan kepada setiap pembantu, pegawai tadbir dan sebagainya yang ditempatkan di setiap pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga September 2013.

    Klik jawapan »

58) CUKAI PUSAT HIBURAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jenis-jenis cukai dan lesen yang dikenakan ke atas pusat hiburan?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah hasil kutipan tahunan cukai dan lesen pusat hiburan di Negeri Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

59) PRESTASI BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan pendapatan dan keuntungan / kerugian BBGC dari 2008 hingga 2013?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor menyebabkan kerugian tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi untuk meneruskan operasi dan meningkatkan pendapatan BBGC?

    Klik jawapan »

60) PRESTASI SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan perolehan pendapatan dan keuntungan SSIC 2008-2013?

    Klik jawapan »

  2. Apakah projek-projek utama SSIC dan prestasinya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi SSIC untuk meningkatkan prestasi pendapatannya?

    Klik jawapan »