Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

111) KEMAJUAN DI HULU SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri pernah mencadangkan Bernam Jaya sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa antara cara memajukan daerah Hulu Selangor. Apakah prestasi pelaburan dan pembangunan di Hulu Selangor sekarang selaras dengan cadangan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah pelaburan diterima, untuk sektor apa dan dari mana?

    Klik jawapan »

  3. Selain Bernam Jaya, apakah kerajaan bercadang membangunkan kawasan Serendah?

    Klik jawapan »

112) PELAKSANAAN GAJI MINIMA DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan gaji minima bagi syarikat-syarikat milikan kerajaan (GLC). Bila keputusan ini dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. apakah masalah yang timbul akibat tindakan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah saranan/ketegasan Kerajaan Negeri untuk melibatkan syarikat -syarikat swasta yang bertapak di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

113) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri dalam Bajet 2012 mengumumkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perolehan geran RM300 juta tersebut dan berapakah jumlah yang telah dikumpul?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sumber-sumber yang digunakan oleh anak syarikat negeri (GLC) untuk menjana pendapatan tersebut?

    Klik jawapan »

114) PENUKARAN METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang telah ditukarkan daripada meter pukal kepada meter individu mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2012.

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau supaya pengurusan pangsapuri mematuhi arahan penukaran meter pukal kepada meter individu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan penukaran meter pukal kepada meter individu ini?

    Klik jawapan »

115) PUSAT HIBURAN HARAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak serbuan, tangkapan dan sitaan terhadap operasi haram iaitu judi siber dan rumah unit di kawasan PBT. Nyatakan statistik jumlah operasi tangkapan dan alatan yang di sita sepanjang 2011 mengikut PBT.

  2. Pada pandangan kerajaan negeri apakah faktor yang menyebabkan pusat hiburan tersebut begitu berani dan dibuka kembali walaupun telah diambil tindakan.

  3. Apakah PBT masih menetapkan zon pusat hiburan sebagai mekanisme kawasan dan bagaimana keberkesanannya?

116) INDUSTRIAL PARK MANAGEMENT COMMITTEE (IPMC)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah cadangan kerajaan melalui Industrial Park Management Committee (IPMC) untuk menambah baik iklim pelaburan di Negeri Selangor bagi tahun 2012 ?

    Klik jawapan »

117) ISU JAJARAN TNB OPTION D OLEH PENDUDUK TAMAN HARTAMAS DAN SEKITAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Pada 25 Februari 2012 yang lalu kerajaan negeri ( MTES) telah mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dan Tenaga Nasional Berhad membuat pendengaran awam berhubung perkara di atas. Majoriti penduduk yang terlibat membantah jajaran TNB Option D. Apakah tindakan kerajaan negeri susulan bantahan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri akan mengekalkan jajaran sedia ada yang telah diluluskan?

    Klik jawapan »

118) PROGRAM RUMAH RAKYAT MPSJ

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengurusan unit rumah rakyat yang masih kosong?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria golongan yang berkelayakan dan apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk membuat tawaran sewaan kepada mereka?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan prestasi kutipan sewaan yang tidak memuaskan?

    Klik jawapan »

119) INTERNET PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat cadangan agar Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan WiFi dan broadband percuma untuk seluruh Negeri Selangor, di Bandar dan luar Bandar. Apakah status cadangan ini dan sejauh manakah kemudahan percuma ini telah disediakan di Selangor?

  2. Berapakah kos yang perlu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan kemudahan ini?

  3. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi?

120) PROGRAM PENGUKUHAN DEMOKRASI DI BAWAH GERAN SELANGORKU HOTEL-HOTEL ‘BUDGET’ DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dijalankan setakat hari ini, di bawah program Pengukuhan Demokrasi di bawah Program Geran Selangorku?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa mengendalikan aktiviti- aktiviti dan juga latihan-latihan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah maklum balas ataupun reaksi positif mahupun negatif rakyat jelata berhubung dengan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dikendalikan di bawah program ini?

    Klik jawapan »