Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

91) KUTIPAN CUKAI PBT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah perolehan kutipan hasil cukai MPK sepanjang 2008 Ð 2011?

  2. Sila senaraikan jumlah peruntukan yang di berikan setiap jabatan di MPK untuk tahun 2011 dan 2012.

92) PELABURAN, PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah yang telah dibelanjakan dalam misi pelaburan dan lawatan teknikal ke negara-negara luar oleh Kerajaan Negeri sejak 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pelaburan yang dapat dihasilkan daripada misi dan lawatan teknikal tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah nisbah kos yang dibelanjakan berbanding pulangan pelaburan jika ditinjau di segi konsep Òvalue for moneyÓ?

    Klik jawapan »

93) PENYELENGGARAAN LANDSKAP

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kerap MPAJ mengirim dan membaja pokok dan bunga yang ditanam?

  2. Sila nyatakan jadual penyelenggaraan dan penanaman di bawah MPAJ pada tahun 2011.

  3. Kos yang terlibat untuk setiap penyelenggaraan.

94) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak telah kerajaan Selangor belanja pada tahun 2011 untuk membaikpulih lif, bumbung dan bangunan rumah pangsa kos rendah di seluruh Selangor? Berikan pecahan mengikut rumah pangsa dan peruntukan dan tujuan kegunaan peruntukan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan menerima aduan daripada penduduk-penduduk, JMB-JMB terhadap kontraktor yang tidak cekap dan bertanggungjawab seperti dalam kes Rumah Pangsa Sri Aman, Petaling Jaya dan apakah cara penyelesaiannya?

    Klik jawapan »

95) TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Tabung Pendidikan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah bilangan anak pekerja ladang yang telah memperolehi manfaat daripada Tabung tersebut mengikut susunan ladang-ladang di seluruh Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bantuan dan insentif yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri selain daripada bantuan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ?

    Klik jawapan »

96) KESESAKAN LALU LINTAS DENGAN PEMBANGUNAN YANG PESAT DI PETALING JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan Selangor untuk mengatasi kesesakan jalan raya?

  2. Apakah program jangka pendek untuk mengatasi kesesakan ini?

  3. Bagaimana pemantauan jalan menggunakan khidmat polis trafik dan penyelarasan lampu trafik?

97) JOM SHOPPING TAWAS

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rasionalnya TAWAS juga mengadakan jom shopping berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah tidak diadakan pendekatan yang berbeza dalam memberi identiti kepada TAWAS seperti ÔHari Mesra Anak-Ibu BapaÕ dan sebagainya?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah Jom Shopping ini dilakukan oleh kakitangan TAWAS, bukan dikendalikan oleh pihak Dun?

    Klik jawapan »

98) GLC

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Sila perincikan kesemua GLC yang terdapat di Selangor

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah keuntungan/ kerugian yang dicatatkan oleh kesemua GLC tersebut sepanjang tahun 2006, 2007, 2010 dan 2012.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Selangor kepada GLC yang mencatatkan kerugian.

    Klik jawapan »

99) TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah hasil dari bayaran premium fleksibel sejumlah RM1,000 yang telah berjaya dikutip sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang telah dikeluarkan bagi memindahkan lebih 2 juta fail tanah ke dalam bentuk digital?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah hasil daripada caruman kubur sejumlah RM500 bagi tapak kediaman yang telah berjaya dikutip sehingga kini?

    Klik jawapan »

100) BEKALAN AIR BAWAH TANAH DAN TASIK BEKAS LOMBONG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan merancang untuk merawat dan membekal air bawah tanah dan air tasik bekas lombong untuk kegunaan domestik dan industri memandangkan kemelut penstrukturan semula industri bekalan air masih belum diselesaikan sepenuhnya sehingga sekarang?

  2. Meminta kerajaan menyeranaikan kawasan-kawasan yang bersesuaian di setiap daerah serta keluasan tanah yang terlibat.