Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

1) PEMBALAKAN HARAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan kes pembalakan tanpa kebenaran di hutan simpanan dalam tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan dan kekurangannya dalam pencegahan pembalakan tanpa kebenaran?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status atau kemajuan dalam perlaksanaan pembalakan secara sistem pengurusan selektif(selectial management system) di Selangor?

    Klik jawapan »

2) KELULUSAN TANAH SECARA BERKELOMPOK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah pencapaian terkini penyelesaian tanah secara berkelompok yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak 3 tahun yang lepas ?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran terperinci masalah tanah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri melalui kaedah kelulusan secara berkelompok mengikut pecahan kaum dan daerah ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah individu-individu yang cuba menangguk di dalam air yang keruh walaupun mereka tidak mengusahakan tanah ?

    Klik jawapan »

3) PROJEK JAKESS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Jabatan Kehakiman Syariah di muka surat 100: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perancangan projek tidak menyeluruh?

    Klik jawapan »

  2. Apakah keputusan-keputusan yang tidak konsisten yang mengakibatkan pembaziran kos juru perunding?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pecahan-pecahan kos juru perunding yang telah melibatkan sejumlah RM1.77 juta?

    Klik jawapan »

4) TREND PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah trend dan jumlah pelaburan di negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah pelaburan dalam negeri dan dari luar negara untuk negeri Selangor dalam tahun 2006-2010

    Klik jawapan »

5) KAMERA INTIPAN PEJABAT MB

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Insiden intipan berkamera telah berlaku di pejabat YAB Dato' Menteri Besar dan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan sejak sekian lama. Apakah perkembangan hasil siasatan terhadap isu tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah hasil siasatan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan negeri telus dalam menguruskan kes ini?

    Klik jawapan »

6) PUSAT RAMALAN NOMBOR SPORTSTOTO DIPERINTAH PINDAH OLEH MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Sebuah pusat ramalan nombor SportsToto yang terletak di antara Taman KOSAS dan Bukit Indah diperintah pindah ke kawasan lain oleh pihak MPAJ. Adakah hukuman yang dikenakan ke atas pemilik pusat ramalan nombor itu munasabah dan tidak membebankan ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah semua PBT melaksanakan tindakan yang sama dan bukannya secara pilih kasih ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah ia merupakan langkah awal Kerajaan PR untuk mengamalkan Hukum Hudud di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

7) GREATER KL: PERANAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan telah melancarkan projek Greater KL yang antaranya meliputi transit aliran berkapasiti tinggi di Lembah Klang dan Selangor. Apakah pendapat kerajaan negeri tentang projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan negeri dapat berperanan dalam menjayakan projek Greater KL ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat Selangor dengan projek tersebut?

    Klik jawapan »

8) MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Dalam mengatasi masalah inflasi dan kenaikan harga barang khususnya bahan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat mendapatkan barangan ini pada kadar harga yang lebih murah?

    Klik jawapan »

9) PUSAT KEBUDAYAAN CINA & INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Bilakah rakyat Negeri Selangor akan menikmati kemudahan-kemudahan di Pusat Kebudayaan Cina dan India didalam Negeri Selangor ini ?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah Pusat Kebudayaan Cina dan India masih belum diadakan dan direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Selangor walaupun mendapat sokongan daripada rakyat jelata amnya kaum Cina dan juga India?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor apabila Pusat Kebudayaan Cina & India itu dibina kelak?

    Klik jawapan »

10) BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PULANG KE MESIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Akibat dari Revolusi Rakyat di Mesir, ramai pelajar Malaysia di sana di bawa pulang untuk keselamatan ke tanah air.Berapa ramaikah pelajar Selangor di Mesir yang dibawa pulang ke tanah air?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan membiayai kos pemergian mereka kembali ke Mesir?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah perseorangan dan keseluruhan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »