Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

1) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION SDN BHD (SIC)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

2) SKIM KESIHATAN WANITA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan para kaum wanita terhadap program kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat melalui pemeriksaan Mammogram?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan program tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sekiranya wanita yang menyertai pemeriksaan Mammogram tersebut telah didapati mempunyai kesan awal seperti benjol kanser dan berkemungkinan diserang kanser payudara, sila nyatakan apakah nasihat serta bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan terhadap wanita itu?

    Klik jawapan »

3) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukkan MARRIS yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang digunakan untuk mengagihkan peruntukkan tersebut kepada PBT dan jabatan yang terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan peruntukkan MARRIS yang diberikan kepada PBT dan jabatan yang terlibat pada tahun 2010

    Klik jawapan »

4) MAKSIAT DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah gejala-gejala yang membawa kepada berkembangnya maksiat di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan dilakukan bagi mengurangkan gejala maksiat di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah penglibatan semua kaum dalam membasmikan gejala maksiat.

    Klik jawapan »

5) PERBELANJAAN PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimana cara perbelanjaan peruntukan DUN Kawasan Sungai Pelek dan sila kemukakan penyata terperinci berkenaan

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan bagi DUN Sg. Pelek disalurkan ke kawasan lain demi kepentingan politik ADUN PR yang diamanahkan menjaga DUN Sg. Pelek?

    Klik jawapan »

6) GARIS PANDUAN BERPAKAIAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat kejadian ahli politik bukan Islam yang berpakaian tidak sesuai dengan sensitiviti agama dalam kawasan Masjid. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan garis panduan etika berpakaian bagi bukan Islam untuk memasuki kawasan Masjid dan Surau?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kesan insiden pemakaian tidak sesuai tersebut kepada Umat Islam di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kefahaman perbezaan antara agama dapat diperkukuhkan?

    Klik jawapan »

7) PROJEK PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat pihak yang ingin melabur dan memajukan tanah dengan projek, seperti pembinaan kampus cawangan UITM di Serendah dan membangunkan tanah bekas peneroka Sungai Buaya. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk menggantikan projek di kawasan tersebut dengan projek pembangunan yang lain

  2. Tidakkah Kerajaan Negeri mengalami kerugian dengan penolakkan projek-projek yang hendak dibangunkan oleh pihak swasta tersebut.

  3. Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk menyelesaikan masalah bekas peneroka Felda Sungai Buaya tersebut.

8) PASAR MALAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah hasil cukai pasar malam di Meru yang telah dikutip sepanjang 2008 hingga 2010?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada badan pengurusan pasar malam dan tunggakan yang belum dibayar mengikut setiap pasar malam yang beroperasi?

    Klik jawapan »

9) POLISI PERUMAHAN UNTUK ‘HOMELESS’ DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Di Selangor masih terdapat masyarakat peneroka bandar "setinggan" dan miskin kota yang tidak memiliki rumah. Apakah polisi-polisi perumahan kerajaan negeri untuk mereka memiliki sebuah rumah?

    Klik jawapan »

10) PRESTASI KUTIPAN CUKAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan prestasi kutipan cukai semua 12 pihak berkuasa tempatan bagi 2007-2010

    Klik jawapan »

  2. Apakah kaedah yang digunakan bagi mengutip cukai yang tertinggi?

    Klik jawapan »