Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

121) PROGRAM ÔNO PLASTIC BAG EVERY SATURDAYÕ

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah syarikat dan korporat yang menyertai program ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah korporat yang tarik diri selepas program ini bermula. Mengapa?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang sepatutnya memantau program ini dan apakah sasaran yang kerajaan ingin capai dan cara-cara mencapai sasaran?

    Klik jawapan »

122) SELANGOR DIANAKTIRIKAN OLEH KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah kebenaran ungkapan di atas?

  2. Apakah kesannya terhadap Negeri Selangor?

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasinya?

123) PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor Tahun Melawat Selangor 2010 dengan tema " Selangor Shines " dengan peruntukan RM 8 Juta. Bagaimanakah prestasi semasa dan prospek industri pelancongan di Selangor untuk tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Berdasarkan peruntukan negeri, Apakah program khusus untuk meningkatkan segmen homestay?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah pendekatan agar pelancong asing atau tempatan tinggal lama dan berbelanja lebih di Selangor telah berjaya menambah bilangan pelancong yang datang ke Selangor dan jumlah pendapatan yang diterima daripada pendekatan program tersebut ?

    Klik jawapan »

124) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan berhasrat bertindak tegas terhadap penjaja warga asing dan penjaja tempatan yang tidak berlesen demi kepentingan penjaja yang berlesen ?

  2. Apakah rancangan pihak PBT untuk menempat semula para penjaja tanpa lesen ?

  3. Berapakah kadar kenaikan sewa petak bagi penjaja tersebut dan mengapa kadar sewa ini dinaikkan ?

125) PESAWAH PADI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Berapakah nilai pelaburan yang diperolehi untuk meningkatkan hasil padi negeri?

    Klik jawapan »

  2. Selain teknologi sedia ada, apakah teknologi baru yang boleh digunakan oleh pesawah untuk meningkatkan hasil padi mereka?

    Klik jawapan »

  3. Apakah inisiatif tambahan selain tanaman padi agar pesawah dapat meningkatkan pendapatan mereka?

    Klik jawapan »

126) STATUS KES DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kes-kes denggi yang telah direkodkan untuk tahun 2010 mengikut bulan berbanding dengan tahun 2009. Senaraikan mengikut kawasan DUN.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah efektif yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memerangi wabak denggi ini?

    Klik jawapan »

127) TANAH RIZAB TADIKA DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula perancangan Bandar dan desa berhubungan peruntukan tanah rizab tadika di taman-taman perumahan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah keluasan tanah rizab tadika yang tidak dibangunkan di setiap PBT?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bersedia mengubah guna tanah tadika tersebut kepada guna tanah kemudahan awam termasuk balai raya, tanah lapang, surau atau rumah ibadat selain Islam?

    Klik jawapan »

128) JUMLAH KAKITANGAN DAN KOMPOSISI KAUM YANG MEMEGANG JAWATAN DI PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN/BANDARAYA DAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH DI DALAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kesemua kakitangan dan jawatan-jawatan yang disandang di seluruh Majlis Perbandaran dan Bandaraya mengikut komposisi kaum di dalam Negeri Selangor pada masa kini?

  2. Berapakah jumlah kakitangan dan apakah jawatan-jawatan yang disandang mengikut komposisi kaum di setiap Pejabat Tanah & Daerah di dalam Negeri Selangor pada masa kini?

  3. Berapakah jumlah kakitangan dan apakah jawatan-jawatan yang disandang di setiap Pejabat Ahli-Ahli EXCO mengikut komposisi kaum pada masa kini?

129) PROGRAM KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. LUAS sebagai agensi Kerajaan Negeri Selangor aktif menggalakkan program komuniti bagi mengitar semula sisa minyak masak. Di manakah program ini telah berjaya dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan program ini dijalankan secara lebih meluas di kalangan pelbagai peringkat komuniti di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Selaras dengan usaha kerajaan membersihkan sungai, apakah insentif yang dirangkakan bagi memberi galakan kepada komuniti-komuniti yang melaksanakan program ini?

    Klik jawapan »

130) JEJAK ILMUAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah status program Jejak Ilmuah terkini dan siapakah tokoh-tokoh ilmuan Selangor yang telah dikenal pasti?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program atau kajian yang melibatkan dan boleh mendatang manfaat kepada rakyat Selangor?

    Klik jawapan »