Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

201) FLYOVER DARI KAJANG UTAMA KE JALAN UTAMA BANDAR BARU BANGI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Menurut Syarikat Perumahan Metro Kajang pihaknya akan membina flyover bersama sebuah syarikat yang lain (sama mempunyai projek perumahan di Kajang Utama) dari kawasan perumahan yang sedang dibangunkan di atas bukit di Kajang Utama bersetentang dengan jalan masuk ke Bandar Baru Bangi di Jalan Reko. Tidakkah sepatutnya kedua-dua syarikat ini terus membina flyover ini serentak dengan pembangunan perumahan yang sedang dijalankan?

    Klik jawapan »

  2. Benarkah peruntukan ini ditanggung oleh Syarikat perumahan berkenaan atau sebagai promosi jualan perumahan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pihak kerajaan akan mengambil tindakan, jika cadangan sebagai publisiti menarik pembeli, tetapi flyover tidak menjadi realiti?

    Klik jawapan »

202) PROGRAM TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Antara program pembangunan modal insan dan kebajikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Program Tuisyen Rakyat. Apakah kesan program ini terhadap pencapaian pelajar dari segi akademik serta pembangunan sahsiah dan akhlak?

  2. Berapakah bilangan pelajar yang mengikuti program ini pada tahun 2009 menurut DUN di mana program ini dilaksanakan?

  3. Berapakah peruntukkan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjalankan program ini untuk tahun 2009 dan tahun 2010?

203) PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBERSIHAN SG. KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah fokus utama Kerajaan Negeri ,adakah ianya untuk melaksanakan pembersihan Sungai Klang dan menggalakkan komuniti berhampiran untuk memeliharanya ataupun adakah ianya untuk mengenal pasti dan membangunkan tebing sungai menjadi kawasan pembangunan harta nilai tinggi?

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk komunitiÐkomuniti yang kini menduduki kawasan tebing atau berhampiran dengan Sungai Klang?

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan memastikan bahawa segala cadangan perancangan dan guna tanah sepanjang Sg.Klang tersebut adalah mampan dan tidak menjejaskan ekologi Sungai?

204) PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah insentif daripada kerajaan dalam menggalakkan pelancongan homestay?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan dalam tahun 2008 dan 2009 untuk pembangunan agro pelancongan dan apakah pencapaiannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pencapaian Tourism Selangor Sdn Bhd dalam menarik pelancong ke Selangor bagi tahun 2009?

    Klik jawapan »

205) KADAR PERCERAIAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah kadar perceraian di kalangan pasangan muda khususnya mengikut pecahan kaum sejak 5 tahun yang lalu ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan kecenderungan kadar penceraian semakin tinggi dan berleluasa di kalangan masyarakat sejak mutakhir ini ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan bimbingan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meminimumkan masalah tersebut ?

    Klik jawapan »

206) TANAH-TANAH MILIK KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Tanah-tanah milik Kerajaan ( kawasan hijau, reserves dan sebagainya) yang kini telah dimiliki oleh individu-individu tanpa kebenaran dan ianya mempunyai nilaian harga yang amat tinggi, yang didirikan bangunan dan disewakan tanpa lesen di lokasi strategik seperti jalan-jalan utama. Apakah perancangan Kerajaan supaya khazanah negeri mendapat pulangan kepada Kerajaan/PBT bukannya individu?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi penguatkuasaan undang-undang di PBT supaya mendatangkan kegerunan pada peneroka-peneroka ini, yang selama ini seolaholah tanah kerajaan adalah tanah mereka

    Klik jawapan »

  3. Bilakah tindakan akan diambil pada mereka-mereka ini?

    Klik jawapan »

207) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Di Negeri Selangor, terdapat banyak apartmen dan kondominium yang menghadapi masalah pengurusan dan pemotongan bekalan air sering berlaku. Apakah pandangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan hal ini berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Adakah penghuni-penghuni apartmen dan kondominium juga boleh menikmati bekalan air 20 meter padu pertama secara percuma?

    Klik jawapan »

208) PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah proses pelantikan kontraktor untuk kerja pembersihan Sungai Klang?

  2. Adakah keputusan mewartakan tanah rizab sepanjang Sungai Klang menjejaskan aktiviti yang sedia ada? Jika ya, sila berikan butir-butir seperti lokasi, aktiviti yang terjejas dan cara untuk mengatasinya

209) LOMBONG PASIR HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak lombong pasir haram yang masih beroperasi di Selangor sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bilangan operasi serbu yang telah dilancarkan oleh Pejabat-pejabat Daerah di seluruh Selangor terhadap lombong-lombong pasir haram ini?

    Klik jawapan »

210) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah prestasi PKPS di bawah pengurusan baru?

    Klik jawapan »

  2. Apakah projek-projek yang ada potensi yang boleh melibatkan rakyat terutamanya golongan belia untuk turut serta dalam menjana ekonomi mereka?

    Klik jawapan »