Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
1) PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN DALAM SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan dengan terperinci mengenai pelaburan baru yang diperoleh bagi 2009-2010.
-
Senaraikan bilangan peluang pekerjaan yang ada di seluruh Selangor
-
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan pekerjaan tersebut diisi oleh warga Malaysia?
2) JUMLAH KELULUSAN GERAN YANG DIKELUARKAN KEPADA PENEROKA KG BUKIT CERAKAH MUKIM PETALING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sejak tahun 2000- 2009, berapakah jumlah kelulusan geran yang dikeluarkan kepada peneroka tanah pertanian Kampung Bukit Cerakah Mukim Petaling?
-
Berapakah jumlah senarai nama yang belum diluluskan?
-
Bolehkah keluarkan senarai nama peneroka dengan plot nombor geran tersebut yang diluluskan ?
3) RASUAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah di Negeri Selangor?
-
Sejak tahun 2008 berapakah kakitangan kerajaan telah ditamatkan perkhidmatannya kerana rasuah?
4) MASALAH PENGAMBILAN SYARIKAT AIR DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Hingga kini nampaknya usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat ingin mengambil alih syarikat air masih belum berselesai. Apakah masalah utama menghalang Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih syarikat air?
-
Apakah tuntutan Syarikat konsesi air yang dianggap tidak wajar?
-
Apakah tindakan seterusnya bagi pengambilalihan?
5) SUMBER BATUAN DAN KUARI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selain daripada mengusahakan perlombongan pasir, apakah program kerajaan untuk meningkatkan hasil batuan dan kuari?
-
Apakah kedudukan sebenar syarikat-syarikat swasta yang mengusahakan kuari menurut Daerah/PBT (mana yang berkenaan) di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menguruskan dengan lebih teratur kuari-kuari bahan batuan di seluruh Negeri Selangor?
6) TANAH UNTUK AGAMA SELAIN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lot tanah dan keluasan yang telah dilupuskan untuk kegunaan rumah ibadat selain Islam sejak Mac 2008?
-
Apakah piawaian yang diguna pakai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dalam pengezonan tanah untuk kegunaan agama selain Islam?
7) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2009 mengikut pecahan daerah ?
-
Bilakah jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal akan dinaiktaraf secara menyeluruh dan nyatakan berapakah jumlah anggaran kos yang bakal dibelanjakan apabila melakukan kerja-kerja menaiktaraf tersebut ?
-
Bilakah jalan Cross Bun 1 Parit 7 menuju ke Parit 8 yang rosak dan berlekak-lekuk sepanjang kira-kira 1 kilometer akan diperbaiki untuk kemudahan para petani ?
8) DERMASISIWA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mungkinkah Kerajaan Negeri akan dapat mengeluarkan Biasiswa/Dermasiswa untuk anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi?
9) PELANTIKAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah proses pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Selangor?
-
Sila berikan butir-butir mereka seperti kontrak pelantikan, tempoh perkhidmatan, gaji sebulan dan KPI (jika ada) di semua PBT di Selangor
10) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Setakat mana pencapaian kerajaan dalam mempopularkan kempen tanpa beg plastik dengan hari tanpa beg plastik setiap Sabtu di Selangor?
-
Siapakah pasaraya-pasaraya yang terlibat?
-
Apakah maklum balas kerajaan terhadap kritikan bahawa caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang diberi setiap hari Sabtu adalah terlalu mahal dan membebankan pengguna?