Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

61) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu memulihkan projek perumahan yang terbengkalai?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada pembeli yang mengalami kerugian kerana terpaksa menanggung kos sampingan sebelum rumah tersebut siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah bentuk tindakan yang dikenakan kepada pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh waktu yang ditetapkan selain menanggung kos kenaikan harga barang/faktor ekonomi merudum?

    Klik jawapan »

62) KUTIPAN CUKAI OLEH MPK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah nilai hasil kutipan cukai dan lain-lain hasil yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Klang?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai yang dipungut dari hasil cukai dan lain-lain di kawasan DUN Meru termasuk cukai kilang-kilang dan perumahan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah nilai yang diperuntukkan tahun 2009 untuk pembangunan DUN Meru?

63) KEMUDAHAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menaik taraf kemudahan atau perjalanan kaki untuk orang kurang upaya pada tahun ini?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan projek-projek tersebut mengikut kawasan dan kos untuk setiap projek.

    Klik jawapan »

64) BANJIR SERING MELANDA LANGAT JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Perumahan di Langat Jaya berada di tepi laluan Sungai Langat, sebab itu bila hujan sedikit lebat sering dilanda banjir. Pertemuan antara penduduk dengan JPS telah dibuat. Apakah sebab mudahnya berlaku banjir di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang akan diambil oleh JPS?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah projek ini dijangka dapat dilakukan?

    Klik jawapan »

65) PERLINDUNGAN KELIP-KELIP NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Kelip-kelip di Kg Kuantan menjadi tarikan pelancongan tempatan dan luar negara. Kelip-kelip juga menjadi tanda aras tentang alam sekitar yang sejahtera. Apakah program-program yang dijalankan oleh kerajaan bagi menjamin kesinambungan kehidupan kelip-kelip di Sg Selangor dan Kg Kuantan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan bagi menjalankan program perlindungan kehidupan kelip-kelip setiap tahun?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan merancang untuk mewujudkan kawasan koloni baru kelip-kelip sesudah Sungai Kelang dipulihkan dan dibersihkan?

    Klik jawapan »

66) HUTAN GAMBUT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah keluasan hutan gambut terdapat di Selangor dan berapakah keluasan yang telah diwartakan sebagai hutan simpanan?

  2. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk pemuliharaan hutan gambut yang telah diterokai untuk kegunaan pertanian?

67) WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua anak syarikat Worldwide Holdings Berhad dan seluruh Ahli Lembaga pengarah Serta prestasi kewangan syarikat ?

  2. Sila nyatakan sehingga setakat ini, berapakah jumlah sisa pepejal yang dikutip dan dilupuskan oleh Worldwide landfills S/B setiap hari di kesemua daerah yang mempunyai tapak pelupusan yang sah ?

  3. Sila huraikan selain kaedah pelupusan sisa pepejal sedia ada, apakah kaedah baru atau alternatif yang lebih canggih dan mesra alam yang digunapakai oleh semua PBT ?

68) JALUR LEBAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Jalur lebar Berkelajuan Tinggi. Apakah manfaat yang di peroleh oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

69) DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status Draf Rancangan Tempatan untuk Majlis Perbandaran Subang Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Draf tersebut akan diwartakan?

    Klik jawapan »

70) PREMIS RESTORAN YANG KOTOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak saman terhadap restoran-restoran kotor yang dikeluarkan oleh PBT pada tahun 2004 hingga 2009?

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk membatalkan lesen perniagaan restoranrestoran kotor dan menyeranai-hitamkan pengusaha-pengusahanya demi menjaga kebersihan restoran-restoran di Selangor?