Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

141) INFRASTRUKTUR DAN PEMBAIKPULIHAN JALANRAYA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah wang kepada Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Selangor) setiap tahun untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan di Selangor. Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk tahun 2009 dan tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan peruntukkan tersebut di Selangor ?

    Klik jawapan »

142) PADI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah keluasan tanah yang digunakan untuk tanaman padi di seluruh negeri?

  2. Berapakah jumlah hasil tahunan bagi tahun 2008-2009?

  3. Berapakah keluasan tanah yang strategik dan hasil penanaman padi yang minima untuk negeri Selangor?

143) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil , tokong dan gereja?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor yang telah menerima atau ditimpa ancaman keganasan, kebakaran dan kerosakan dari segi fizikal

    Klik jawapan »

144) INSFRASTRUKTUR AWAM TIDAK DISELENGGARAKAN DENGAN BAIK DAN BERJADUAL. Ð SAMPAH, JALAN BERLUBANG, RUMPUT PANJANG DAN PARIT TERSUMBAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Masalah sampah tidak dikutip, jalan berlubang, rumput panjang dan parit tersumbat masih lagi merupakan masalah utama yang belum diselesaikan dengan baik dan berkesan. Apakah langkah berkesan yang diambil oleh MPK untuk mengatasi hal ini dan bilakah kontraktor baru dilantik menggantikan kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab ini?

    Klik jawapan »

145) MASALAH SOSIAL ANAK-ANAK PENGHUNI RUMAH FLAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah keadaan sosial anak-anak penghuni flat ketika ini dan adakah apaapa program yang disediakan untuk mereka ?

146) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Tiadakah perancangan dari Kerajaan Negeri untuk menaik taraf atau membangunkan kawasan perkampungan orang asli yang terdapat di Negeri Selangor khususnya di Pulau Indah, Pelabuhan Klang? Ini kerana secara tidak langsung pembangunan di kawasan perkampungan orang asli boleh menjanakan pendapatan penduduk setempat serta menyokong usaha sektor pelancongan di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

147) MASALAH SOSIAL RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Keruntuhan akhlak, bersekedudukan dan pembuangan bayi semakin berleluasa di negeri Selangor bukan saja kepada rakyat Malaysia warga pendatang yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam dan juga peranan agama lain bagi membendung gejala ini

    Klik jawapan »

148) URUS NIAGA KOPERASI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan skop urus niaga Koperasi milik Kerajaan Negeri. Berapakah jangkaan untung rugi koperasi tersebut?

    Klik jawapan »

149) PINJAMAN MIKROKREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Bilakah skim pinjaman mikrokredit ini akan dilaksanakan dan badan pelaksana manakah yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan permohonan untuk skim mikrokredit?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sistem agihan yang digunakan bagi memastikan bahawa pinjaman ini sampai kepada mereka yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan?

    Klik jawapan »

  3. Selain meminjamkan wang, apakah program yang akan dilaksanakan di bawah skim pinjaman mikro kredit ini bagi memperdayakan peminjam-peminjam?

    Klik jawapan »

150) PeBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri telah membuat kajian ke atas kegiatan sambutan belia bagi program-program dijalankan atau diusahakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis-jenis kursus tersebut dan jumlah yang telah dijalankan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi mempergiatkan lagi tawaran kursuskursus kepada belia-belia ini?

    Klik jawapan »