Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

91) ZAKAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendekatan terkini untuk meningkatkan hasil kutipan zakat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendekatan dan cara untuk memastikan agihan zakat sampai kepada mereka yang berhak tanpa prejudis politik?

    Klik jawapan »

  3. Apakah impak positif hasil program-program pengagihan zakat yang telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

92) SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah semua syarikat di bawah MBI dan anak syarikatnya dan senaraikan satu persatu untuk makluman dewan

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh semua syarikat di bawah MBI

  3. Dari keuntungan yang diperolehi berapakah yang disumbangkan kepada kerajaan Neger

    Klik jawapan »

93) BANTUAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SELANGOR (JKM)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun 2006-2010?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Adakah senarai penerima bantuan-bantuan yang diberi dimaklumkan kepada ADUN-ADUN di kawasan berkaitan? Jika tidak, mengapa?

    Klik jawapan »

94) HOSPITAL & KLINIK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah dan lokasi hospital, klinik dan rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor memainkan apa-apa peranan bagi menjaga keselamatan dan kebajikan kesemua rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga kebajikan pesakit-pesakit di kesemua rumah-rumah sakit di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

95) MENAIK TARAF HIDUP KUMPULAN ORANG ASLI TERMISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 37, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk menjalankan dua projek perintis ujian bagi menaik taraf hidup kumpulan Orang Asli termiskin". Untuk program-program apa dan bagaimanakah peruntukan RM500 ribu ini diagihkan sehingga Jun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Melalui agensi atau institusi apakah Kerajaan Negeri melaksanakan dua projek perintis ujian ini?

  3. Apakah program yang telah dijalankan dan komuniti-komuniti Orang Asli manakah yang telah mendapat manfaat daripadanya sehingga Jun 2010?

96) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan dijangka dapat menarik pelaburan melebihi RM50 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi negeri melalui Inisiatif Kewangan Swasta untuk menggerakkan enam projek teras. Berapakah nilai pelaburan yang diperolehi sehingga kini untuk menggerakkan enam projek teras tersebut?

  2. Pelabur atau Negara manakah yang berminat untuk melabur dalam Pakej Ransangan Ekonomi ini?

  3. Apakah impak positif perlaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah dapat dilihat setakat ini?

97) TOL HARAM BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini mengenai isu ÒTol HaramÓ yang dikenal pasti di kawasan Bukit Beruntung?

    Klik jawapan »

98) RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK-10)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan negeri sudah mengkaji pencapaian RMK-9 dan prospek RMK10 negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Selangor menikmati pendapatan tinggi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah nilai tambah dalam menjayakan prospek RMK-10 negeri Selangor?

    Klik jawapan »

99) PENYELENGGARAAN RUMAH KOS RENDAH (RKR) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan projek perumahan RKR yang telah PKNS serahkan untuk penyelenggaraan JMB masing Ðmasing?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan PKNS untuk mensubsidi belanja penyelenggaraan rumah RKR memandangkan pengutipan duit penyelenggaraan daripada penduduk tidak mencukupi untuk menampung belanja penyelenggaraan?

    Klik jawapan »

100) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan keluasan dan bilangan keluarga di setiap kampung orang asli mengikut daerah di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kampung-kampung orang asli yang mempunyai JKKK.

    Klik jawapan »

  3. Apakah nisbah peruntukan tanah untuk setiap keluarga yang dapat menyara hidup 50 tahun?

    Klik jawapan »