Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

101) INDUSTRIAL PARK MANAGEMENT COMMITTEE (IPCM)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak PBT telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian (Industrial Park Management Committee - IPMC)?

  2. Bagaimanakah penubuhan IPMC telah berjaya membantu pekilang-pekilang menyelesaikan masalah mereka dengan PBT? Sila berikan contoh.

102) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah di atas tanah wakaf seluas 1.21 hektar terbengkalai yang mana sepatutnya siap pada bulan April 2008. Jumlah murid-murid sekolah bertambah ekoran pembangunan pesat di Pulau Indah dan kelas yang sedia ada di bangunan lama tidak berupaya lagi menampung pertambahan murid-murid. Justeru itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan dalam menangani masalah tersebut untuk menampung jumlah murid-murid yang semakin bertambah

  2. Apakah status atau laporan terkini berkenaan projek pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Pulau Indah.

  3. Berapakah anggaran penambahan kos pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah yang baru akibat kelewatan dan pihak mana lagi yang terlibat selain dari Majlis Agama Islam dan Jabatan Kerja Raya?

103) TUTUP KILANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah kilang-kilang industri yang terpaksa ditutup di negeri Selangor ekoran kegawatan ekonomi?

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merangsang menarik pelabur-pelabur luar di samping terus mengekalkan pelabur-pelabur sedia ada?

104) PENTERNAKAN BABI DI TUMBUK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Kita sedia maklum penternakan moden ini adalah mesra persekitaran. Apakah ia sudah bermula operasi seperti yang ditunggu-tunggukan

  2. Apakah rancangan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu perpindahan ladang-ladang di sekitar tempat luar daripada Tumbuk.

105) MASALAH EKONOMI GLOBAL – PEMBERHENTIAN KERJA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan negeri berkenaan dengan masalah tersebut ?

  2. Bagaimanakah dengan dasar Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan negeri Selangor sebagai kerajaan kebajikan seandainya masalah pengangguran semakin bertambah?

106) TAWARAN PENGAMBILALIHAN KONSESI AIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah diterangkan bagaimana proses pengambilalihan ini akan dibiayai?

  2. Memandangkan pengambilalihan ini akan diikuti dengan penyerahan kepada kerajaannpersekutuan pada harga yang telah mengambil kira harga pengambilalihan, apakah jaminan Kerajaan Negeri akan dapat memperoleh semula kos pengambilalihan itu?

107) PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan pendidikan alternatif yang didasarkan untuk anak-anak sekolah yang mengikuti pendidikan formal di sekolah-sekolah?

  2. Berapakah peruntukan yang dibajetkan untuk sekolah-sekolah agama di bawah jagaan JAIS dalam tahun 2008?

  3. Apakah rancangan dan peruntukan yang digunakan untuk pembangunan pendidikan pra-sekolah di Negeri Selangor?

108) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Pelancongan merupakan sektor yang mampu membawa keuntungan dan membawa hasil kepada kerajaan negeri. Berapakah jumlah pelancong luar dan dalam negeri yang telah melawat negeri Selangor dan berapakah anggaran hasil pendapatan dari sektor ini pada tahun 2008 yang lalu. Apakah kerajaan negeri sudah mengenal pasti tempat-tempat rekreasi atau tumpuan baru yang boleh dimasukkan ke dalam peta pelancongan negeri? Kalau sudah, di manakah lokasi-lokasi tersebut?

109) PEKEBUN KECIL KELAPA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pekebun-pekebun kecil kelapa yang menghadapi kenaikan kos hidup yang semakin tinggi ?

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberikan bantuan subsidi kepada mereka dan jika ya, berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan dalam tahun 2008 ?

110) PENGAMBILALIHAN OPERASI BEKALAN AIR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasionalnya pengambilalihan ini?

  2. Daripada sumber manakah jumlah sebanyak RM5.186b bagi pengambilalihan tersebut diperolehi?

  3. Apakah jaminan bahawa langkah ini mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada pengguna air di negeri ini?