Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

191) PEKERJA LADANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor masih tiada suatu enakmen yang jelas yang mengarahkan tuan punya ladang untuk membina rumah sendiri untuk para pekerja nya agar isu perumahan tidak timbul jika sesuatu ladang tersebut dibangunkan dan pekerjanya dihentikan kerja? ApakahÐapakah langkah terkini Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini dan bilakah suatu enakmen yang jelas mengenai perumahan pekerja ladang akan dibentuk ?

    Klik jawapan »

192) DASAR PEMUTIHAN GERAI DAN PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN TIDAK SAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Bagi pemutihan kawasan-kawasan setinggan, kerajaan tidak meruntuhkan rumah-rumah setinggan sehingga ada tempat-tempat kediaman bagi memindahkan penduduk terlebih dahulu. Bagi gerai-gerai dan premis-premis perniagaan tidak sah yang telah sedia wujud sebelum 8 Mac 2008. Adakah dasar yang sama tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu kerajaan mewujudkan tempat-tempat perniagaan yang sesuai terlebih dahulu sebelum mengusir dan merobohkan gerai-gerai dan premis-premis tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tidak diwujudkan senarai kategori kedai-kedai dan premis-premis perniagaan tersebut menurut kadar berat ringan pelanggarannya terhadap syarat dan peraturan di PBT masing-masing?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memberi sumbangan kepada PBT-PBT dalam program pemutihan gera-gerai dan premis-premis seperti ini?

    Klik jawapan »

193) MUZIUM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah muzium dan pusat warisan yang terdapat di Negeri Selangor mengikut kategori dan lokaliti sehingga tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kos penyelenggaraan muzium tersebut dari 2005-2008?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan atau insentif Kerajaan Negeri untuk pemuliharaan bangunan- bangunan warisan bersejarah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

194) ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan laporan kewangan tahunan semua anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2008

    Klik jawapan »

  2. Adakah penstrukturan semula akan dilakukan di anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor? Jika ya, bilakah penstrukturan semula itu akan diadakan?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Ahli-ahli Lembaga Pengarah baru dilantik?

    Klik jawapan »

195) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pelaksanaan levi ke atas para majikan berjumlah RM10 sebulan untuk setiap pekerja asing yang dicadangkan di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Mohon dinyatakan secara terperinci perbelanjaan lengkap Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri yang telah dinyatakan dalam dewan yang mulia ini berjumlah RM50 Bilion

    Klik jawapan »

196) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Mohon nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.

    Klik jawapan »

  2. Mohon nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  3. Mohon nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2009

    Klik jawapan »

197) PENILAIAN PRESTASI EXCO

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk menilai prestasi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sejak Mac 2008?

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah penilaian dibuat? Jika ya, apakah kesimpulan dan langkah memperbaiki yang akan diambil? Jika belum, apakah sebabnya?

    Klik jawapan »

198) PENGAMBILALIHAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru rundingan pengambilalihan industri air di Selangor dan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengekalkan tawaran harga sebelum ini untuk meneruskan rundingan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah benar bahawa Kerajaan Negeri diminta untuk menanggung hutang yang ditanggung oleh syarikat-syarikat air ini?

    Klik jawapan »

199) PENYELENGGARAAN INFRA (JALAN, LAMPU, PROJEK-PROJEK LUAR BANDAR DSB) KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam penyelenggaraan infra yang di bawah seliaan dan perbelanjaan Kerajaan Pusat

    Klik jawapan »

200) KEGANASAN TERHADAP WANITA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Sejak dilancarkan semula Pusat Sehenti Krisis oleh jawatankuasa, berapa DUN yang telah mengadakan kempen tersebut

    Klik jawapan »

  2. Berapa dan siapakah NGO yang dilantik menjayakan kempen

    Klik jawapan »

  3. Apakah pertambahan kes-kes yang dirujuk kepada OSCC berbanding masa yang sama tahun lepas

    Klik jawapan »