Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

221) GAZET SUNGAI / ANAK SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Saya dimaklumkan semua sungai dan anak sungai dan rizabnya tidak di gazetkan di negeri Selangor, oleh kerana ini kuasa di beri kepada EXCO untuk membuat keputusan memberi hak milik atas sungai.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan ambil tindakan untuk tukar syarat dalam kod tanah supaya semua sungai di gazetkan ?

222) RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA AIR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses rundingan penstrukturan air Negeri Selangor dengan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah dan pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya rundingan tersebut gagal dan bagaimanakah kedudukan tarif air selepas ini ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat mengadakan suatu sesi Pendengaran Awam melalui Jawatankuasa SELCAT untuk menyiasat kandungan perjanjian konsesi air yang terbukti merugikan rakyat ?

    Klik jawapan »

223) MEMPERTINGKATKAN PRESTASI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah kaedah audit dalaman yang dilakukan bagi menjamin prestasi UNISEL?

    Klik jawapan »

  2. Hingga kini sudah berapa kalikah penilai luar berwibawa dijemput membuat penilaian terhadap UNISEL dan apakah hasilnya?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah ratio pelajar bagi setiap tenaga pengajar di UNISEL?

    Klik jawapan »

224) MASALAH SOSIAL / KELAKUAN ANTI-SOSIAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah kuasa-kuasa yang ada kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah sosial dan kelakuan anti-sosial?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

225) TANAH-TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah komposisi dari segi kaum tanah-tanah perkuburan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor dan apakah nama-nama tanah-tanah perkuburan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah komposisi dari segi kaum jumlah tanah-tanah perkuburan di seluruh Negeri Selangor yang mempunyai kemudahan sistem pembakaran mayat atau ÒcrematoriumÓ?

  3. Setakat ini apakah jenis-jenis bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tanah-tanah perkuburan setiap kaum tersebut?

226) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pemutihan kilang haram tidak bergerak lancar, kerana kadar premium yang perlu dibayar oleh tuan punya kilang semasa penukaran taraf tanah dari pertanian ke industri adalah amat tinggi . Walaupun bayaran diskaun ada ditawarkan, tetapi tuan punya kilang tidak sempat untuk mendapatkan pinjaman bank dalam tempoh tawaran yang berikan. Apakah perancangan baru Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

227) PROGRAM DAN BANTUAN UNTUK MENGUKUHKAN USUL MANSUHKAN ISA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sejak usul mansuhkan ISA diluluskan di Sidang DUN Selangor, terbukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan program-program selaras dengan usul tersebut. Lanjutan daripada usaha-usaha tersebut. Apakah bentuk-bentuk program dan berapa banyakkah bantuan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah badan atau agensi yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjayakan secara lestari dan mapan program-program serta bantuan-bantuan ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan merancang untuk menerbitkan bahan-bahan kempen serta buku-buku kecil penerangan bagi pengetahuan rakyat perihal kezaliman ISA?

    Klik jawapan »

228) HUTAN SIMPAN BAKAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keluasan hutan Bakau yang terdapat di Selangor dan apakah keluasannya yang telah diwartakan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan Selangor dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil untuk memulihara kawasan hutan bakau di persisiran Kuala Selangor?

    Klik jawapan »

229) MASALAH PEMBERSIHAN LONGKANG DAN PENJAGAAN LANDSKAP

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Terdapat sesetengah Kontraktor F yang telah menerima bayaran tetapi gagal melaksanakan tugas dan kewajipan mereka dengan sempurna seperti pembersihan longkang dan penjagaan landskap. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Negeri Selangor terhadap kontraktorkontraktor tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kerajaan tidak menyerahkan kerja-kerja seperti ini kepada Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah?

230) PELABURAN KE SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak pelaburan yang masuk ke Selangor sehingga sekarang pada tahun ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah yang masih dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik ke negeri Selangor?

    Klik jawapan »