Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

101) PEMBINAAN JALAN SUBANG -SG. BULOH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Jalan raya yang di bina oleh JKR Subang - Sg Buloh sudah hampir siap dan menimbulkan masalah dan memangsakan penduduk. Beberapa perbincangan telah dilakukan bersama ADUN, JKKK dan lebih 1000 Pekilang-pekilang. Namun tidak ada tindakan dari pihak JKR. Sebelum pembinaan jalan raya, ada empat jalan memasuki Kg. Baru Sg Buloh. Kini hanya satu jalan sempit memasuki kawasan ini dan menimbulkan kesesakan trafik yang dahsyat. Apakah langkah -langkah untuk membetulkannya

    Klik jawapan »

  2. Pekilang-pekilang dengan treler panjang terpaksa membuat U-Turn beberapa kilometer sebelum dapat memasuki ke kilang masing-masing di Kg. Baru Sg. Buloh. Mengapakah cadangan untuk melebarkan jalan bagi memudahkan treler-treler memasuki tidak mendapat perhatian. Apakah perancangan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Klik jawapan »

102) PROJEK PENGHUTANAN SEMULA BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG DI BAWAH PKPS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Jabatan Hutan Negeri Selangor telah menanam pokok acacia mangium di kawasan seluas 10,000 hektar di Bukit Tarek dan Rantau Panjang. Apabila projek ini bermasalah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) telah diberikan pajakan tanah tersebut selama 50 tahun. Siapakah Pengerusi dan Jemaah Ahli-ahli PKPS ketika PKPS diberikan pajakan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah nama syarikat-syarikat serta nama Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat persendirian yang mendapat pajakan selama 50 tahun daripada PKPS untuk penanaman semula kayu balak getah dan sentang?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah peluang keuntungan yang hilang daripada PKPS kesan daripada pajakan 50 tahun kepada syarikat-syarikat persendirian ini?

    Klik jawapan »

103) IKLAN HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta bilangan kain rentang dan poster haram Ah Long yang dirampas dan diturunkan oleh penguat kuasa setiap PBT pada tahun 2008

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi yang ada pada setiap PBT untuk menyelesaikan masalah iklan haram.

    Klik jawapan »

104) TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Adakah syarikat konsesi yang mengendalikan tempat letak kereta di MBPJ dan MPSJ memberikan mesin tempat letak kereta yang mencukupi? Sila berikan butir-butir seperti jumlah mesin yang sedia ada dan jumlah mesin yang seharusnya diberi oleh syarikat konsesi tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah wang bulanan yang dikutip oleh syarikat konsesi ini dan berapakah peratusan yang dibayar oleh mereka kepada MBPJ dan MPSJ?

    Klik jawapan »

105) MEDAN SELERA BOT DI TAMAN PUTRA DUN TERATAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun kontrak sudah tamat mengapakah medan selera di Taman Putra boleh meneruskan perniagaannya tanpa kelulusan di Mesyuarat Ahli Majlis MPAJ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan daripada MPAJ dan berapakah saman sudah diberikan sejak tahun ini?

    Klik jawapan »

  3. Medan selera tersebut sudah membuat ubahsuai tanpa permit dari PBT. Mengapakah kes ini boleh berlaku?

    Klik jawapan »

106) BELANJAWAN PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah pendapatan dan perbelanjaan mengikut PBT di Selangor daripada tahun 2004-2009

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi membantu PBT yang mencatatkan defisit dalam belanjawan tahunan agar prestasi perkhidmatan PBT tersebut tidak terjejas?

  3. Apakah perancangan kerajaan bagi mengimplementasikan dasar perbelanjaan berhemah di setiap PBT di Selangor?

107) MASALAH PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kadar pengangguran di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Selangor merupakan negeri yang maju, akan tetapi kadar penganggurannya kian meningkat. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam menangani masalah pengangguran ?

    Klik jawapan »

108) MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Majlis Sukan Negeri dan senaraikan seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta huraikan bagaimanakah kedudukan kewangan semasa?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah tunggakan hutang MSN yang masih belum dilangsaikan kepada Kerajaan Negeri Selangor sehingga bulan Jun tahun 2009

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan keluasan tanah yang masih dimiliki oleh MSN sehingga tahun 2009. Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

109) MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBACA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan tahunan bagi perpustakaan-perpustakaan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendekatan yang digunakan bagi menggalak dan meningkatkan pembacaan di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berikan kategori-kategori buku utama yang disediakan bagi pembaca

    Klik jawapan »

110) PPRT DI BAWAH PKPS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Program sosial PKPS melalui pembinaan rumah rakyat termiskin (PPRT) dari tahun 2004 hingga 2008 melibatkan 144 buah. Sila kemukakan pertaburan PPRT ini menurut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Berapa peratuskah PPRT ini yang diagihkan kepada keluarga bukan Melayu?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menyelaraskan pembinaan PPRT di bawah anak-anak syarikat kerajaan yang lain?

    Klik jawapan »