Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

81) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat tiga hotel iaitu Quality Hotel City Centre, Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel dan juga Peransang Templer Golf Club di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Sila kemukakan butiran untung rugi setiap perkhidmatan di atas sejak tahun 2004 hingga 2008

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan pelanggan-pelanggan korporat utama yang menggunakan perkhidmatan di atas.

    Klik jawapan »

  3. Apakah nilai buku (book value) dan nilai pasaran (market value) bagi setiap perkhidmatan di atas dalam kedudukan semasa

    Klik jawapan »

82) TOURISM SELANGOR SENDIRIAN BERHAD

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai lengkap program-program promosi yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn. Bhd., satu anak syarikat PNSB untuk mempromosikan pelancongan di Selangor pada tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  2. Meminta satu senarai perbelanjaan dan itinerari lawatan-lawatan PBT ke luar Negara yang diuruskan oleh syarikat ini pada tahun 2008 dan 2009.

    Klik jawapan »

83) PELUPUSAN ASET

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan transaksi pelupusan aset oleh agensi, badan berkanun dan anak syarikat negeri dari bulan Mac 2008 sehingga kini.

    Klik jawapan »

  2. Berikan butir-butir termasuk tarikh penjualan, butiran aset, nilai transaksi, nama pembeli.

    Klik jawapan »

84) PERUNTUKAN YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA AHLI MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan nama Ahli Majlis untuk setiap PBT berserta dengan perbelanjaan peruntukkan, tujuan perbelanjaan dan berapakah penduduk yang menikmati atau menerima peruntukan tersebut.

    Klik jawapan »

85) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM500 juta bagi pembinaan 17,000 unit rumah PPRT seluruh negara. Kementerian meminta kerjasama negeri-negeri PR agar memberi tanah untuk dibangunkan rumah-rumah tersebut. Apakah maklum balas Kerajaan Negeri akan permintaan Kerajaan Persekutuan itu

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan mengenai pengurusan rumah-rumah tersebut memandangkan banyak permasalahan yang timbul selepas rumah-rumah tersebut siap dibina

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan pelan tindakan Kerajaan Negeri bagi usaha penambahbaikan unit-unit PPRT yang sedia ada

    Klik jawapan »

86) TEMPAT REKREASI KAWASAN HIJAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah piawaian yang digunakan oleh kerajaan untuk mewujudkan tempat rekreasi kawasan hijau di kawasan perumahan dan kediaman di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa pemaju menyediakan kawasan rekreasi yang mencukupi untuk penduduk setempat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan bagi mewujudkan lebih banyak tempat rekreasi kawasan hijau di kawasan yang padat dengan penduduk?

    Klik jawapan »

87) AKTA RAHSIA RASMI – OFFICIAL SECRETS ACT (OSA)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Pihak atau parti yang manakah dalam kerajaan, boleh mengumumkan mana-mana dokumen rasmi sama ada di negeri, kerajaan tempatan atau peringkat 'government linked companies' (GLC) sebagai rahsia atau untuk mengklasifikasikan mereka sebagai sesuai untuk tatapan khalayak; dan adakah pemerintah ini sama bagi semua pihak berkuasa tempatan (PBT)?

    Klik jawapan »

  2. Perkara apakah, berhubung kandungan, adalah diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi / 'official secret' di negeri, PBT dan peringkat GLC, dan bagaimanakah boleh kita menjustifikasikan penggunaan rahsia rasmi, apabila ia dengan jelas dinyatakan dalam Akta Kerajaan Tempatan bawah Seksyen 27, bahawa semua minit-minit mesyuarat penuh boleh diakses atau diteliti oleh orang awam?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor ke atas isu Akta Rahsia Rasmi (OSA)?

    Klik jawapan »

88) MASALAH SERANGAN PENYAKIT BENA PERANG (GRASSHOPPER)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah keluasan bendang yang diserang penyakit Bena Perang di daerah Sabak Bernam.

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini, apakah jenis racun serangga yang paling mujarab mencegah serangan penyakit tersebut dan disyorkan oleh Jabatan Pertanian?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan dengan jelas selain menggunakan racun serangga, adakah terdapat kaedah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

89) PENTADBIRAN MASJID-MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Pertukaran pentadbiran masjid-masjid diketuai nazir-nazir masjid di negeri Selangor berlaku mulai awal Jun 2009. Bertanya kepada Y.A.B DATO' Menteri Besar : a) Bagaimanakah kaedah pertukaran ini berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peruntukan akta JAIS berhubung dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah ada percubaan untuk mengambil tindakan mahkamah berhubung dengan pelantikan nazir ini contoh dari Puchong?

    Klik jawapan »

90) TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Program Tuisyen Rakyat dilancarkan untuk dimulakan di setiap kawasan DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor. Setakat ini berapakah pusat tuisyen rakyat ini yang berjaya di buka di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah belanja yang telah dikeluarkan untuk membiayai guru-guru tenaga pengajar program ini oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »