Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

1) KOMPLEKS WAWASAN BALKIS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan pihak manakah yang menganugerahkan tanah untuk tujuan pembinaan kompleks tersebut dan di manakah lokasinya ?

  2. Sila nyatakan tarikh sebenar kompleks tersebut siap dibina dan siapakah kontraktor serta lembaga pengarahnya ?

  3. Sila kemukakan berapakah jumlah sebenar kos keseluruhan kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut dan pihak manakah yang menyalurkan peruntukan tersebut ?

2) PENJUALAN RUMAH DAN KEDAI PKNS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kaedah dan mekanisme penjualan rumah-rumah PKNS kepada pembeli?

    Klik jawapan »

  2. Benarkan rungutan bahawa bangunan kedai dimonopoli dan ditempah oleh orang dalam bagi mendapat keuntungan jualan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cadangan PKNS untuk mengatasi gejala rasuah sedemikian bagi memperhatikan PKNS bersifat telus?

    Klik jawapan »

3) PROGRAM KITAR SEMULA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan program kitar semula mengikut PBT?

  2. Sila senaraikan butir-butir seperti kos, keberkesanan program dan kontraktor yang terlibat.

4) PEMBANGUNAN TAPAK LAPANG DI SEKITAR KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek -projek pembangunan komersial yang dirancang dan sedang dilaksanakan di tanah lapang yang berada dalam lingkungan 20metre daripada kawasan perumahandi kawasan Kota Damansara

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria yang digunakan oleh PBT untuk menentukan sama ada ketetapan 'Local Agenda 21' (di mana proses konsultasi dijalankan dengan penduduk persekitaran sebelum projek diluluskan) dilaksanakan atau tidak untuk setiap projek pembangunan berhampiran dengan perumahan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membentuk suatu prasyarat atau undang-undang kecil yang jelas demi memastikan bahawa setiap perancangan pembangunan berhampiran dengan kawasan perumahanatau sekolah , mestilah melalui proses konsultasi dan debat bersama penduduk setempat sebelum ianya diluluskan ?

    Klik jawapan »

5) PEMOTONGAN PERKHIDMATAN AIR SYABAS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak pengguna Syabas di Selangor yang telah dipotong bekalan airnya akibat kelewatan membayar bil ?

    Klik jawapan »

  2. Pengguna-pengguna Syabas yang dipotong bekalan perlu membayar RM50 sebagai yuran penyambungan bekalan air. Sehingga kini berapa pendapatan diperolehi Syabas daripada kutipan yuran ini ?

    Klik jawapan »

6) SENARAI KAWASAN-KAWASAN CERUN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berdasarkan kajian risiko cerun dan pemetaan, saya meminta Kerajaan Negeri untuk menyenaraikan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dan sederhana dalam kawasan Bukit Antarabangsa dan Hulu Kelang

    Klik jawapan »

7) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah unit rumah kos rendah yang telah dibina oleh PKNS di kawasan DUN Bukit Melawati oleh PKNS sehingga tahun 2007?

    Klik jawapan »

  2. Boleh pihak PKNS memberikan butiran mengenai nama dan alamat pemilik rumah-rumahyang berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cadangan PKNS mengenai rancangan masa depan untuk rumah-rumah kos rendah untuk rakyat miskin di kawasan DUN Bukit Melawati?

    Klik jawapan »

8) TANAH WAKAF DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah jumlah tanah wakaf di Negeri Selangor keseluruhannya dan berapakah yang telah dibangunkan dan terbiar?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah MAIS telah menjalankan fungsi dan kuasanya terhadap tanah wakaf bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta membangunkan ekonomi Umat Islam di Negeri Selangor? Apakah bentuk-bentuk pembangunan yang telah dilakukan di tanah wakaf dan sejauh manakah ia memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya yang tidak berkemampuan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah terdapat kes-kes berkaitan tanah wakaf seperti pencerobohan, penjualan atau pembangunan tanah wakaf tanpa kebenaran MAIS sebagaimana yang didakwa berlaku di DUN Meru dan lain-lain? Jika ya, sila senaraikan

    Klik jawapan »

9) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) telah mewujudkan rangkaian perkhidmatan perpustakaan di seluruh Selangor. Sehingga Jun 2007, PPAS mempunyai 90 buah pusat perkhidmatan. Senaraikan kesemua 90 buah pusat perkhidmatan tersebut berserta butiran seperti alamat, kemudahan yang sedia ada dan yang berkaitan

    Klik jawapan »

  2. Adakah perkhidmatan yang telah disediakan sejak 1983 (penubuhan perpustakaan desa pertama) sehingga kini berkesan melahirkan masyarakat membaca?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana keberkesanan tersebut diukur. Berikan perangkaan dan butiran lanjut. Bagaimana membuat permohonan baru bagi kemudahan perpustakaan dan kriteria permohonan

    Klik jawapan »

10) TEMPAT IBADAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan statistik kuil, tokong dan masjid yang berdaftar dalam Negeri Selangor mengikut PBT

    Klik jawapan »

  2. Apakah piawaian yang digunakan bagi meluluskan permohonan tempat ibadat dalam sesuatu kawasan perumahan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa isu keagamaan (termasuk tempat ibadat) dapat dikendalikan dengan sebaiknya?

    Klik jawapan »