Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

41) MASALAH SOSIOEKONOMI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Ladang-Iadang semakin berkurangan. Pembangunan ladang-Iadang terutamanya ladang kelapa sawit menjadi kawasan perumahan menimbulkan masalah sosioekonomi. Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasinya?

    Klik jawapan »

42) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah perdagangan Negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2007. Sila nyatakan butiran

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008. Apakah jumlah kos perbelanjaan yang terpaksa digunakan untuk meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008?

    Klik jawapan »

43) KEBAJIKAN HAL EHWAL WANITA, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh mana pelan-pelan kebajikan dan pelaksanaan manifesto kerajaan terhadap golongan ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, kanak-kanak di nursery, penuntut-penuntut universiti dan lain-lain golongan seperti mana yang telah dijanjikan semasa pilihan raya?

  2. Sejauh mana dan status terkini terhadap bancian untuk mengenal pasti jumlah keseluruhangolongan sasar dan apakah agensi yang terlibat dalam pelaksanaan kebajikan ini?

  3. Sejauh mana pihak kerajaan dapat memastikan tiada terdapat satu pun daripada janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat tidak tertunai ataupun ditunaikan secara bersyarat di mana ia berbeza dengan apa yang dijanjikan kepada rakyat?

44) PBT (CUKAI TAKSIRAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah cukai taksiran akan diturunkan sebagaimana disebut-sebut oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu 20% untuk rumah kediaman dan 10% untuk bangunan komersial?

    Klik jawapan »

45) SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Saya ingin merasakan ghairah bahawa manifesto Kerajaan untuk memberikan RM1,OOO.OO kepada anak Selangor yang memasuki IPTA dan IPTS. Adakah ini masih akan dikotai atau sewajar taktik tipu rakyat sedangkan keputusan SPTM telah diumumkan dan anak-anak ini kini dalam proses memasuki universiti. Berapakah permohonan telah diterima? Dan jumlah bayaran yang telah dibuat? Ataupun masih belum dilaksanakan

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pula dengan bantuan RM75.00 untuk anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM50.00 untuk merekayang menerima pendidikan pra-sekolah

    Klik jawapan »

  3. Caruman takaful sebanyak RM2,500.00 untuk warga emas, OKU dan anak yatim. Bilakah ia akan mula diedarkan?

    Klik jawapan »

46) TOKONG- TOKONG YANG BERDAFTAR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah bilangan tokong-tokong cina yang sudah berdaftar di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu tokong-tokong cina yang berdaftar untuk mendapatT.O.L atau hak milik geran tanah ?

    Klik jawapan »

47) KEKURANGAN INFRASTRUKTUR DI PERHENTIAN KOMUTER UKM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Stesen komuter Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakanjalan masuk penting ke UKM dan Bandar Baru Bangi. Mengapakah kawasan sekitaran stesen komuter ini tidak diselenggarakan dengan baik?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah pihak MPKj-TNB mahu memasang tiang lampu tambahan sebagaimana dipohon oleh ADUN Bangi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar yang menggunakan stesen komuter di sini?

    Klik jawapan »

48) KES KERACUNAN DI SEKOLAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Kontraktor makanan dalam kes keracunan di sekolah dibenarkan beroperasi semula oleh KementerianPendidikan. Apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil mengikut PBT untuk memastikan bahawa kes keracunan seperti ini tidak berulang dan kontraktor seperti ini tidak dibenarkan untuk beroperasi

    Klik jawapan »

49) RUMAH PANJANG KAMPUNG BUNGARAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Seramai lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kg.Bungaraya merana sejak tahun 1993 kerana projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai . Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai ini ?

    Klik jawapan »

  2. Senarai butiran projek perumahan kos rendah alternatif berhampiran yang boleh ditawarkan kepada penduduk ini ?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga penduduk ini ditempatkan ke perumahanan alternatif yang baru Bagaimana pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Syabas boleh mengurangkan hutang tertunggak bil air dan terus menyalurkan air kepada rumah panjang dengan kadar diskaun yang istimewa demi mengurangkan beban mereka ?

    Klik jawapan »

50) KEGUNAAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KAWASAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kegunaan peruntukan pembangunan kawasan untuk DUN Kampung Tunku yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Petaling untuk tahun 2008 sebelum Mac 2008

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kegunaan peruntukan ini untuk DUN Kampung Tunku dari tahun 2004 hingga 2007

    Klik jawapan »