Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

91) PEMBINAAN KUIL TANPA KEBENARAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Di Negeri Selangor banyak terdapat pembinaan kuil-kuil tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan yang tidak dirizabkan untuk tapak-tapak kuil. Sila senaraikan jumlah kuil-kuil tersebut mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?

  2. Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembinaan kuil-kuil tersebut?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk meluluskan tapak-tapak tersebut bagi tujuan rumah ibadat kuil atau menempatkan semula kuil-kuil tersebut di tapak-tapak yang baru?

92) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan nama-nama pemaju yang gagal menyiapkan projek mengikut pecahan daerah dari tahun 2005 hingga 2007 dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap mereka ini ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan para pemaju tidak dapat menyiapkan projek yang dikendalikan oleh mereka mengikut jadual yang ditetapkan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu mereka memulihkan projek yang terbengkalai demi untuk membela kepentingan para pembeli rumah ?

    Klik jawapan »

93) SEKATAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Banyak sekatan politik terhadap Kerajaan Negeri Selangor antaranya menyekat kerajaan negeri dari menggunakan FM Selangor dan melarang ADUN-ADUN Selangor dari menghadiri sebarang acara di sekolah. Apakah sikap dan tindakan negeri Selangor terhadap sekatan Persekutuan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah bantuan dibuat berhubung dengan sekatan-sekatan yang dilakukan

    Klik jawapan »

  3. Jika bantuan tidak dipeduli, tidakkah kerajaan negeri bercadang bertindak balas menyekat sebahagian dari kepentingan kerajaan Persekutuan di Selangor sebagai pengajaran ?

    Klik jawapan »

94) PELEBARAN DAN NAIKTARAF JALAN RAYA BATU TIGA, SHAH ALAM KE SG. BULOH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Siapakah kontraktor yang melaksanakan kerja pelebaran dan naik taraf jalan raya tersebut ?

  2. Kenapakah projek ini belum siap lagi walaupun ianya telah bermula 5 hingga 6 tahun yang lalu ?

  3. Kesesakan jalan raya menimbulkan kemarahan rakyat. Apakah langkah yang diambil untuk mempercepatkan projek pembinaan ini ?

95) SYARIKAT-SYARIKAT MlllK KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan prestasi kewangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2007 seperti PKNS, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)

    Klik jawapan »

  2. Meminta penjelasan terhadap kemerosotan/peningkatan prestasi kewangan syarikat-syarikat ini

    Klik jawapan »

96) KAKITANGAN KONTRAK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan kakitangan kerajaan negeri Selangor yang berstatus kontrak mengikut jabatan-jabatan? Berapakah peratus bilangan kakitangan berstatus kontrak yang telah ditukarkan kepada status tetap?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pihak kerajaan negeri menjaga kebajikan mereka terutama yang telah bertugas dalam tempoh yang panjang?

    Klik jawapan »

97) PENGANGGURAN BELlA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah populasi belia bagi dua tahun yang lepas mengikut kaum, jantina serta PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratusan pengangguran belia dalam Selangor dua tahun yang Iepas mengikut PBT dan program apakah yang telah dilaksanakan untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti belia secara keseluruhannya?

    Klik jawapan »

98) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN HIJAU DAN GUNUNG/CERUN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah projek pembangunan yang diluluskan di kawasan hijau dan gunung dari tahun 2004 hingga 2007?

    Klik jawapan »

  2. Sila sebutkan nama-nama pemaju yang berkenaan?

  3. Mengapakah projek pembangunan di kawasan hijau boleh diluluskan?

    Klik jawapan »

99) LADANG TERNAK BABI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah ladang-Iadang ternak babi tradisional di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasionalnya kerajaan negeri meneruskan projek ladang ternak babi berpusat teknik moden?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil dalam meminimumkan pencemaran yang berlaku hasil ladang ternak tradisional selama ini?

    Klik jawapan »

100) PRESTASI ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan prestasi kewangan , untung atau rugi dari tahun 2005 hingga 2007 bagi semua anak syarikat Negeri Selangor ? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah program pemulihan yang dilakukan bagi anak syarikat Negeri yang mengalami kerugian teruk dan hampir gulung tikar ?

    Klik jawapan »