Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

41) ENAKMEN UNDANG-UNDANG NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah enakmen-enakmen undang-undang negeri telah dilakukan dan apakah mereka? Sila senaraikan.

  2. Siapakah yang boleh membuat enakmen undang-undang yang baru?

  3. Siapakah yang terlibat dalam proses untuk meluluskan sesebuah enakmen yang baru?

42) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada KSSB?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh KSSB?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar aleh KSSB?

43) INDUSTRI AIR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor?

44) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR KAWASAN MAJLlS PERBANDARAN KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah diberikan bagi tujuan projek infrastruktur bagi kawasan Majiis Perbandaran Klang tahun 2011.

  2. Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan.

45) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung mempunyai penduduk hampir 35, 000 orang, terdiri daripada beberapa taman disekitarnya seperti Prima Beruntung, Taman Bunga Raya, Taman Widuri, Taman Bakawali, Taman Kesumba dan lain-lain lagi. Setiap hari penduduk taman-taman ini akan berurusan ke Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Namun begitu, penduduk ini menghadapi masalah pengakutan awam, sama ada teksi atau bas sebagai pengakutan awam di kawasan ini. Jarak antara taman ini ke Pusat bandar sekitar - 8 km hingga 10 km. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam sebagai kemudahan penduduk di sini untuk urusan harian mereka ?

  2. Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan seperti bas awam sebagai pengangkutan dalaman di kawasan tersebut ?

46) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah lesen perniagaan yang telah diluluskan oleh PBT bagi peniaga peniaga kecil di setiap PBT daripada Januari hingga Oktober 2011.

47) PROGRAM BAlK PULIH NEGERI BERKEBAJIKAN ATAU PROGRAM CERIA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk program Baik Pulih Negeri Berkebajikan atau Program Ceria. Senaraikan projek-projek yang terlibat serta status projek berkenaan.

48) KONTRAKTOR MPK DI MERU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kontraktor baru MPK tahun 2010 dan 2011 yang telah mendapat kerja-kerja kontrak pembersihan taman-taman di kawasan Meru.

  2. Apakah kelayakan asas/pra syarat pemilihan kontraktor baru ini oleh MPK?

  3. Apakah tindakan MPK sekiranya kontraktor tidak mencapai KPI yang sepatutnya?

49) KADAR KEMISKINAN, OKU BERDAFTAR, PERUNTUKAN DAN LATIHAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan dan peratus kemiskinan di Selangor?

  2. Berapakah bilangan OKU yang berdaftar di Selangor?

  3. Berapakah peruntukan bantuan yang dikeluarkan sepanjang tahun 2010 dan aktiviti latihan yang dijalankan untuk memajukan golongan miskin dan OKU?

50) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. YAB Dato' Menteri Besar telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor pada tahun 2009 berjumlah RM 50 bilion. Pakej rangsangan pembangunan sungai Klang dan kawasan sekitarnya yang berjumlah RM 6 bilion?

  2. Pakej pembangunan semula Petaling Jaya Lama (PJ Old Town) yang berjumlah RM 10 bilion?

  3. Pembangunan bandar Klang?