Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
31) Pelaburan Domestik
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2020 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaburan di Selangor sentiasa diyakini oleh pelabur?
32) Agrosel
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi sebenar Agrosel dan berapakah jumlah peruntukan dan juga aset semasa Agrosel ini dan sejauh manakah Agrosel telah berjaya membantu para petani di Negeri Selangor?
33) Kaitan Negeri Lain Dengan Masalah Air Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Selangor mendapat sumber bekalan air dari Negeri lain terutama negeri-negeri jiran?
-
Adakah pernah berlaku gangguan bekalan air berpunca dari Negeri jiran?
-
Apakah wujud kerjasama antara negeri Selangor dan negeri lain dalam isu bekalan air?
34) Saringan COVID-19 Kerajaan Negeri
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan orang yang telah menjalankan saringan Covid-19 di bawah inisiatif Kerajaan Negeri?
-
Berapakah kos perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan saringan Covid-19?
35) Lokasi Rekreasi Kemensah Sebagai Destinasi Pelancongan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Tahniah kerajaan kerana telah mengumumkan di Dewan yang mulia ini status Kemensah dalam konteks pusat rekreasi di Selangor. Mengapa tiada perasmian, pelancaran ataupun dokumentasi seperti notis dikeluarkan untuk tujuan menjelaskan status tersebut?
36) Agenda Memperkasa Belia
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik minat belia untuk tidak berhijrah ke bandar dan terus kekal di luar bandar dalam mencari sumber pendapatan?
-
Apakah Kerajaan Negeri dapat membawa limpahan ekonomi ke luar bandar di samping dapat mencipta peluang pekerjaan bagus?
37) Masjid Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan masjid baru dibina di Selangor bagi tempoh tahun 2014-2020 mengikut daerah?
-
Bilakah tarikh pembinaan masjid di Bandar Tasik Kesuma Beranag Dun Semenyih boleh di laksanakan?
38) Fenomena Air Pasang Besar
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan tambahan Kerajaan Negeri kali ini bagi mendepani fenomena Air Pasang Besar?
-
Bagaimana keadaan terkini ban di persisir pantai Negeri Selangor khasnya DUN Sementa bagi menghadapi fenomena berkenaan?
39) Haiwan Liar Endemik Di Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan haiwan-haiwan liar dan endemik yang terdapat di Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
-
Apa pelan tindakan untuk memelihara dan memulihara stok biodiversiti disitu?
40) Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Utara
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan perkembangan terkini berkenaan dengan masa depan Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Utara pada masa sekarang?