Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

49

Tajuk

Kecualian dan peralihan
49 [1]

Semua peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga  dibatalkan atau digantikan dengan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan,
perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

49 [2]

Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, segala kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan dan kewajipan yang terletak hak kepada Majlis di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah disifatkan terus terletak hak kepada Majlis di bawah Enakmen ini.

49 [3]

Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 hendaklah disifatkan terus berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perenggan 4(1)(a) Enakmen ini.

49 [4]

Apa-apa sebutan mengenai Majlis atau Perbadanan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau dokumen yang berkuat kuasa sebaik sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis atau Perbadanan di bawah Enakmen ini.

49 [5]

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang disempurnakan atau dibuat di bawah Enakmen yang dimansuhkan sebaik sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa atau bagi pihak Majlis atau Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini disifatkan telah disempurnakan atau dibuat di bawah nama atau bagi pihak Majlis atau Perbadanan di bawah Enakmen ini.

49 [6]

Apa-apa permohonan, kelulusan, atau keputusan yang belum selesai di hadapan Majlis atau Perbadanan sebaik sebelum Enakmen ini berkuat kuasa hendaklah, apabila Enakmen ini berkuat kuasa, diuruskan atau diputuskan oleh Majlis atau Perbadanan menurut
Enakmen ini.

49 [7]

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah atau mal di mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah atau tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa oleh atau terhadap Majlis atau Perbadanan di
bawah Enakmen yang dimansuhkan, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis atau Perbadanan di bawah Enakmen yang dimansuhkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis atau Perbadanan seolah-olah Enakmen ini tidak diperbuat.

49 [8]

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon, pada atau selepas Enakmen ini berkuat kuasa, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebaik sebelum Enakmen ini berkuat kuasa yang kepadanya Majlis atau Perbadanan menjadi pihak boleh dibawa atau dipohon oleh atau terhadap Majlis atau Perbadanan seolah-olah Enakmen ini tidak diperbuat.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.