Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

8

Tajuk

Mewakilkan Kuasa
8 [1]

Terta‘alok kapada peruntokan2 Enactment ini dan kapada mana2 Atoran yang di-buat di-bawah-nya, Perba- danan boleh dengan satu usul mewakilkan kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan Perbadanan, kuasa dan kebenaran bagi menjalankan bagi pehak-nya kewajipan2 kuasa2   atau   kerja2   sa-bagaimana   yang   di-tetapkan   oleh Perbadanan selain dari kuasa2 di-bawah sekshen2

8 [2]

Perbadanan boleh pada masa mewakilkan apa2 kuasa atau kebenaran di-bawah sekshen-kechil (1) kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan atau pada bila2 masa kemudian-nya memberi arahan° mengenai chara bagaimana kuasa atau kebenaran yang di-wakilkan itu di-kehendaki di-jalankan dan boleh pada bila° masa membatal, mengubah atau menambahkan perwakilan

8 [3]

Dengan tidak menyentoh keluasan ma‘ana sekshen-kechil (1) dan terta‘alok kapada peruntokan sekshen-kechil (2), Perbadanan boleh dengan satu usul mewakilkan kapada mana2 Pengarah, pegawai  atau  kakitangan  Perbadanan, kuasa membenarkan perbelanjaan hingga sa-takat yang di- tetapkan oleh Perbadanan bagi sa-suatu perkara, daripada Kumpulan-wang atau daripada mana2 wang lain di-bawah kawalan Perbadanan

8 [4]

Tiada-lah apa2 jua usul untok mewakilkan apa2 kewajipan, kuasa atau kerja di-bawah sekshen ini menjadi sah melainkan jika sa-kurang2-nya enam orang Pengarah Perbadanan mengundi menyokong-nya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.