Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

5

Tajuk

Tuboh Perbadanan
5 [1]

Terta’alok kapada peruntokan2 kemudian sa-lepas ini di-adakan Perbadanan hendak-lah mengandongi—

(a) lima orang Pengarah yang di-lantek, atas nama atau jawatan oleh Raja dalam Majlis Meshuarat;

(b) lima orang Pengarah yang di-pileh oleh Ahli² Biasa di-dalam Meshuarat Agong Tahuuan.

5 [2]

Pengarah2 hendak-lah memileh antara mereka mengikut achara yang hendak-lah mereka sendiri menetapkan, sa-orang  Pengerusi  badanan  bagi  mempengerusikan semua meshuarat  Perbadanan dan Meshuarat Agong Tahunan;

Dengan sharat bahawa a-saorang Pengerusi yang di-lantek  itu  tidak  boleh  memegang  jawatan-nya  dengan tiada kebenaran bertulis dari Menteri Besar.

5 [3]

Sa-orang Pengerusi  hendak-lah  memegang  jawatan sa-lama tiga tahun melainkan jika  ia meletakan atau mengosongkan jawatan-nya terlebeh dahulu

5 [4]

Sa-orang Pengarah yang di-lantek lain daripada sa-orang Pengarah yang di-lantek kerana jawatan-nya, hendak-lah memegang jawatan sa-lama tempoh tiga  tahun kewangan melainkan jika ia di-berhentikan terlebeh dahulu atau ia terlebeh dahulu meletakkan jawatan.

5 [5]

Terta‘alok kapada peruntokan² Enactment ini,  sa- orang Pengarah yang di-lantek hendaklah memegang jawatan bagi tempoh satu tahun kewangan melainkan  jika ia meletakkan jawatan terlebeh dahulu atau menjadi tidak berkelayakan, atau mengosongkan jawatan-nya.

5 [6]

Pengerusi dan sa-orang Pengarah boleh di-lantek atau di-pileh sa-mula, mengikut mana yang berkenaan, sa-telah tammat tempoh ia memegang jawatan.

5 [7]

Mana2 Pengarah, lain daripada sa-orang Pengarah yang di-lantek atas jawatan-nya, boleh meletak jawatan-nya dengan memberi notis bertulis di-bawah tandatangan-nya kapada Pengerusi, dan sa-orang Pengarah yang di-pileh hendak-lah  mengosongkan  jawatan-nya  apabila sahaja ia tiada lagi menjadi sa-orang Ahli Biasa.

5 [8]

Pengerusi boleh meletak jawatan dengan memberi notis bertulis di-bawah tandatangan-nya kapada Menteri Besar, dan ia hendak-lah mengosongkan jawatan itu apabila sahaja ia tiada lagi menjadi sa-orang Pengarah

5 [9]

Menteri Besar boleh dengan bertulis melantek mana² Pengarah sa-bagai Pengerusi sementara dan melantek mana² Ahli Biasa yang sesuai sa-bagai Pengarah sementara semasa Pengerusi atau Pengarah, mengikut mana yang berkenaan, tiada berdaya bagi sementara kerana sakit atau  semasa tidak ada di-dalam Persekutuan buat sementara; dan  manakala  mana² Pengarah yang di-pileh meletak jawatan atau mengosongkan jawatan, Menteri Besar boleh melantek sa-orang Ahli Biasa yang sesuai untok mengisi kekosongan yang tersebut sa-hingga tamat tempoh  jawatan  Pengarah yang meletakkan atau mengosongkan jawatan-nya itu.

5 [10]

Walau pun ada apa2 jua yang terkandong dalam Enactment ini yang b•rtentangan, bagi selama tempoh tiga tahun kewangan daripada Enactment ini  mulal  berkuat-kuasa, Pengarah yang di-pileh yang di-sebutkan di-bawah perenggan (b) sekshen-kechil (1), hendak-lah di-lantek oleh Raja dalam Majlis Meshuarat.

5 [11]

Pengerusi dan Pengarah² Perbadanan sa-bagai yang di-peruntokan di-bawah sekshen ini boleh-lah dari semasa ka-semasa di-ishtiharkan di-dalam Warta Kerajaan Negeri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.