Enakmen Jenayah Syariah 1995

Bahagian

VII

Seksyen

52

Tajuk

Percubaan.
52 [1]

Mana-mana orang yang cuba—

(a) melakukan mana-mana kesalahan yang boleh                 dihukum di bawah Enakmen in1 atau di bawah               mana-mana undang-undang bertulis lain yang                berhubungan dengan Hukum Syara’; atau

(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,

 

dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu boleh, jika
tiada peruntukan nyata dibuat dalam Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman untuk percubaan itu, dihukum dengan hukuman yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu.

52 [2]

Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan sebagai hukuman di bawah subseksyen (l) bagi suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.