Enakmen Jenayah Syariah 1995

Bahagian

III

Seksyen

19

Tajuk

Tidak Menghormati Ramadhan.
19

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-

(a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli               apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau
benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum           atau dihisap dalam waktu itu;

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan,                  minum atau menghisap rokok atau apa- apa benda lain              yang seumpamanya,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringg1t atau dipenjarakan selama tempoh tldak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.