Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) (Selangor) 2001.

Bahagian

BAHAGIAN I - Permulaan

Seksyen

4

Tajuk

Tafsiran
4

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“badan berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-undang Negeri bagi maksud Kerajaan Negeri, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan;

“emolumen” ertinya apa-apa saraan, termasuklah gaji, pemberian tetap, pembayaran insentif dan elaun bulanan, yang kena dibayar kepada seseorang pegawai setiap bulan;

“gaji” ertinya gaji pokok seseorang pegawai;

“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut seksyen 7;

“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 6;

“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mengikut mana yang berkenaan;

“kesalahan tatatertib” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan
tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan dan
termasuklah apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan- Peraturan;

“Ketua Bahagian” ertinya seseorang pegawai yang
bertanggungjawab bagi sesuatu bahagian, jabatan, unit atau cawangan sesuatu badan berkanun, dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga untuk menjalankan fungsi-fungsi seorang Ketua Bahagian bagi apa-apa tempoh masa;

“Ketua Eksekutif” ertinya pengurus besar, pengarah atau mana-
mana orang, walau dengan nama apa pun disebut, yang dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal sesuatu badan berkanun;

“Lembaga” ertinya badan berkanun itu sendiri atau, jika undang-
undang permerbadananya mengadakan peruntukan bagi suatu lembaga, majlis atau jawatankuasa yang berasingan, walau dengan nama apa pun disebut, untuk menjalankan fungsi-fungsi badan berkanun itu dan untuk menjaga pengurusan dan pentadbiran
am badan berkanun itu, lembaga, majlis atau jawatankuasa itu;

“pegawai” ertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap,sementara atau kontrak oleh sesuatu badan berkanun, dan dibayar emolumen oleh badan berkanun itu, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat
badan berkanun itu atau mana-mana badan berkanun yang lain atau mana-mana agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana syarikat yang dalamnya Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan;

“Peraturan-Peraturan” ertinya Peraturan-Peraturan dalam Jadual Kedua;

“undang-undang pemerbadanan” ertinya undang-undang Negeri yang melaluinya sesuatu badan berkanun diperbadankan;

“undang-undang negeri” ertinya sesuatu Enakmen atau sesuatu Ordinan yang berhubung dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Badan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah sesuatu Enakmen atau Ordinan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.