15) HAL-EHWAL ORANG ASAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang digazetkan mengikut tahun sejak Mei 2013 sehingga sekarang. Senaraikan
-
Sila nyatakan tanah-tanah yang dalam proses mendapatkan pelan pra-hitungan dan berapa lama telah diambil?
-
Apakah jenis bantuan Kerajaan Negeri yang khususnya untuk Orang-Orang Asli dari segi pendidikan?
15) PUSAT DIALISIS NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Siapakah sepatutnya yang memutuskan dan menentukan kelayakan pesakitpesakit yang menjalani rawatan Dialisis di pusat tersebut?
-
Bagaimanakah pengurusan dan pengendalian pesakit-pesakit yang menerima rawatan Dialisis di jalankan?
15) PEMBALAKAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah melakukan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Enviromental Impact Assesment) terhadap aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Langat sebelum memberi sebarang kelulusan bagi aktiviti pembalakan?
15) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bentuk bantuan dan nilai (jumlah) kebajikan yang telah disalurkan kepada rakyat Selangor untuk tempoh 2013-2015 mengikut daerah.
-
Senaraikan penerima dan nilai bantuan kebajikan kerajaan Selangor yang telah disalurkan kepada penerima dalam DUN Tanjung Sepat selain bantuan oleh agensi zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
15) BEKALAN AIR – SYABAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kedudukan atau status terkini berkenaan pembelian semula syarikat SYABAS oleh Kerajaan Negeri?
-
Pernahkah satu penyelidikan dan kajian yang terperinci dilakukan bagi menentukan kualiti air yang dipakai dan diminum oleh rakyat dan kalau ya, apakah penemuan kajian?
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar akan kesan-kesan kualiti air pada kesihatan rakyat dan kalau adanya hubungan-hubungan penyakit seperti kanser dan keracunan logam berat dengan kualiti air di Negeri Selangor?
15) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan 3 pusat kebudayaan di Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan kewangan disediakan untuk tujuan ini?
-
Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawap untuk membina dan mentadbir pusat-pusat ini?
15) PELABURAN DAN PERNIAGAAN DI SELANGOR : MENGIKUT KAJIAN (SURVEY) EKONOMI YANG TERKINI, SELANGOR TELAH JATUH KE TANGGA KELIMA (5) DARI SEGI MENARIK MINAT PELABUR-PALABUR DAN PEMAJU-PEMAJU PERUMAHAN ASING DAN TEMPATAN DI MALAYSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan atau langkah telah diatur oleh Selangor untuk pastikan negeri Selangor ketangga no.1 dalam segi pelaburan?
-
Adakah Selangor akan mengkaji semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan yang ada sekarang untuk menarik semula minat pelabur dan pemaju perumahan asing/tempatan?
15) PERLANTIKAN AHLI MAJLIS – PRESTASI KERJA AHLI MAJLIS YANG TIDAK MEMUASKAN MASIH TETAP DILANTIK SEMULA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah peraturan yang ditetapkan atau garis panduan yang mesti dipatuhi untuk pelantikan semula ahli majlis?
-
Adakah jawatankuasa tertentu yang memantau pelantikan ahli majlis?
15) GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Adakah dan bilakah kerajaan negeri akan laksanakan gaji minima bagi semua kakitangan kerajaan negeri?
15) KEPERLUAN MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN JKR MORIB – SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Jalan Morib-Sepang yang berada dalam keadaan yang teruk?
-
Adakah kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih akan dilakukan terhadap jalan tersebut dalam masa terdekat?
-
Adakah terdapat perancangan untuk menambah lampu jalan di kawasan merbahaya disepanjang jalan tersebut?
