15) PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah semua jenis perpustakaan awam kerajaan dan senaraikan secara terperinci iaitu nama/lokasi/pihak yang mengurus/luas/bilangan buku rujukan dan bahasa di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah strategi, pelan dan polisi Kerajaan Negeri bagi memperkembangkan dan memodenisasikan perpustakaan agar budaya membaca, mengkaji dan menyelidik di kalangan awam lebih tinggi dan berkualiti?
15) KEBAJIKAN HAL EHWAL WANITA, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana / apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan tahap pelaburan asing di Negeri Selangor
-
Mohon penjelasan / status Kerajaan Negeri mengenai Caj RM10.00 yang akan dikenakan kepada pekerja asing di Selangor dan alasan Kerajaan sekiranya cajnya diteruskan mahupun tidak
-
Kerajaan Negeri telah mengumumkan cuti untuk suami yang isterinya bersalin selama 14hari dan warga kerja wanita yang bersalin di beri cuti selama 90hari. Mohon diberi penjelasan terperinci mengenai tarikh berkuat kuasa, kategori serta syarat Ð syarat yang akan dikenakan
15) PROGRAM INOVASI BELIA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Adakah cadangan pihak kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan inovasi untuk golongan belia?
15) HAL-EHWAL ORANG ASAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang digazetkan mengikut tahun sejak Mei 2013 sehingga sekarang. Senaraikan
-
Sila nyatakan tanah-tanah yang dalam proses mendapatkan pelan pra-hitungan dan berapa lama telah diambil?
-
Apakah jenis bantuan Kerajaan Negeri yang khususnya untuk Orang-Orang Asli dari segi pendidikan?
15) BAS PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kegunaan dan jumlah penumpang Bas Selangorku dan PJ Free Bus sehingga kini serta kos yang dibelanjakan untuk menjalankan program ini di setiap PBT termasuk MBPJ.
15) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM PENERANGAN MAKLUMAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah program yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta dalam geran ini akan diselaraskan dengan program-program yang sedia ada di bawah GLC Negeri, CCSB?
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan program ini melalui DUN?
-
Apakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penyaluran geran ini?
15) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bentuk bantuan dan nilai (jumlah) kebajikan yang telah disalurkan kepada rakyat Selangor untuk tempoh 2013-2015 mengikut daerah.
-
Senaraikan penerima dan nilai bantuan kebajikan kerajaan Selangor yang telah disalurkan kepada penerima dalam DUN Tanjung Sepat selain bantuan oleh agensi zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
15) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan 3 pusat kebudayaan di Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan kewangan disediakan untuk tujuan ini?
-
Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawap untuk membina dan mentadbir pusat-pusat ini?
15) MASALAH TIKUS DAN LIPAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tikus dan lipas yang semakin serius?
-
Adakah satu bajet khas akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini memandangkan PBT sentiasa memberi alasan tidak mempunyai bajet?
-
Sila senaraikan kes-kes kematian di Selangor sejak 2008 yang diakibatkan oleh tikus dan lipas.
15) PUSAT PELUPUSAN KENDERAAN USANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pusat pelupusan kenderaan usang di setiap PBT di Negeri Selangor ekoran depoh PBT yang semakin penuh?
