15) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku yang telah dibatalkan kelulusannya sehingga sekarang. Senaraikan jumlah sebenar projek Rumah Selangorku yang telah diberi kelulusan tetapi berada di bawah pemerhatian.
15) HAL EHWAL ISLAM, MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kerajaan memantau masalah jenayah terhadap kanak-kanak di Selangor?
-
Adakah JAIS mengemaskinikan undang-undang dan polisi syariah di sudut pemakaian terutama untuk wanita Islam?
-
Adakah peruntukan dan pembangunan surau dan masjid diselaraskan mengikut DUN?
15) GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Adakah dan bilakah kerajaan negeri akan laksanakan gaji minima bagi semua kakitangan kerajaan negeri?
15) ISU KESESAKAN JALAN DI KAWASAN GARING
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan di kawasan Garing yang disebabkan hanya mempunyai satu laluan keluar masuk untuk empat (4) sekolah dan ratusan rumah?
15) PENYAKIT T.B
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Kes TB semakin meningkat di Selangor. Apakah usaha KNS tentang perkara ini?
-
Sila nyatakan statistik kes penghidap dan kematian yang diakibatkan oleh kuman TB ini berbanding dgn Denggi mengikut Daerah.
-
Apakah Kempen kesedaran Rakyat tentang isu TB ini? Nyatakan?
15) NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan menjaga infrastruktur awam serta penyelenggaraan infra yang telah sedia?
-
Apakah langkah seterusnya dalam membantu rakyat golongan berpendapatan sederhana menghadapi situasi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini?
15) PENYELENGGARAAN KENDERAAN RASMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi penyelenggaraan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri?
-
Sila nyatakan butiran lengkap penyelenggaraan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri dari tahun 2008 hingga 2013?
15) KELULUSAN HAKMILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada parti-parti politik sejak tahun 1980 sehingga 2008 dengan maklumat tentang saiz, kategori kegunaan tanah, jenis hakmilik, tempoh pajakan, nama pemiliknya serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.
15) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kadar penurunan kes denggi di Selangor berbanding negeri lain dari 2016-2018.
-
Sejauhmanakah kesan usaha membanteras denggi oleh Kerajaan Negeri?
15) STATUS TERKINI PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU MENGIKUT JENIS A, B, C, D BAGI SELURUH DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Jumlah diberikan kebenaran.
-
Jumlah siap dibina
-
Apakah jumlah ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan?
