15) AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pecahan Ahli Majlis mengikut kaum mulai tahun 2004 sehingga 2008 bagi seluruh kawasan PBT Selangor dan pecahannya mengikut jantina serta perbezaannya berbanding kerajaan lama
-
Apakan kerajaan mempunyai perancangan untuk mengemaskinikan semula zon Ahli Majlis yang ditempatkan dalam zon yang bertindih kawasan sempadan pilihan raya yang mana menyukarkan mereka bertugas dan bila ia akan dilakukan?
-
Apakah Ahli Majlis dan pegawai penguat kuasa diberikan perlindungan insurans semasa mengadakan sesuatu operasi penguatkuasaan dan nyatakan jenis pelan perlindungannya jika ada.
15) PROGRAM SPIES D’VILLAGE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan setahun bagi setiap kawasan di Selangor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti SPIES D'Village?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk setiap aktiviti SPIES D'Village?
-
Berapakah jumlah aktiviti SPIES D'Village yang dibenarkan untuk setiap kawasan?
15) BAZAR RAMADHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tapak bazar Ramadhan yang ada di dalam Negeri Selangor mengikut kawasan DUN?
-
Berapakah bayaran sewaan tapak yang ditetapkan oleh PBT?
-
Berapakah jumlah hasil daripada sewaan tapak tersebut dari tahun 2016 sehingga kini mengikut PBT?
15) PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah semua jenis perpustakaan awam kerajaan dan senaraikan secara terperinci iaitu nama/lokasi/pihak yang mengurus/luas/bilangan buku rujukan dan bahasa di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah strategi, pelan dan polisi Kerajaan Negeri bagi memperkembangkan dan memodenisasikan perpustakaan agar budaya membaca, mengkaji dan menyelidik di kalangan awam lebih tinggi dan berkualiti?
15) PENYAMBUNGAN TEMPOH PAJAKAN BAGI HAKMILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Terdapat aduan diterima dari penduduk kampung baru cina di seluruh Selangor mengenai permohonan penyambungan pajakan bagi hak milik yang telah luput dan proses tersebut masih belum selesai sehingga memakan masa bertahun. Sila nyatakan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak Pejabat tanah/Daerah terhadap masalah tersebut?
-
Berapa jumlah permohonanyang telah dikemukakan, yang sedang diproses dan yang telah diselesaikan
-
Berapakah jumlah premium yang dikenakan bagi satu kaki persegi tanah?
15) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berdasarkan pindaan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhubung pemberian taraf perintis yang dibentangkan dalam Parlimen baru-baru ini. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor menjadi destinasi utama pelaburan memandangkan kita mempunyai potensi yang terbaik termasuk pelabuhan?
15) PRESTASI INDUSTRI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi dan sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negeri?
-
Apakah perancangan dan projek pertanian yang boleh melonjak sektor ini dari segi pendapatan kepada petani?
15) SEKOLAH AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan untuk penambahbaikan sekolah di bawah JAIS? Berapa untuk SRA? SABK?
-
Apakah mekanisme kerajaan membantu memperkasakan sekolah agama rakyat di seluruh negeri Selangor ?
-
Memandangkan sekolah agama rakyat semakin bertambah saban tahun, adakah peruntukannya ditambah?
15) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan sungai-sungai utama yang terdapat di Negeri Selangor yang telah menghadapi masalah pencemaran.
-
Sila nyatakan tahap pencemaran yang dialami oleh sungai-sungai utama yang terdapat di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah jangka pendek dan pandangan untuk mengatasi pencemaran tersebut ?
15) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri untuk memulihkan pembangunan di kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor yang tergendala akibat banyak projek-projek terbengkalai?
