149) HOTEL BAJET DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan hotel-hotel bajet mengikut daerah?
-
Nyatakan tindakan yang diambil untuk menyekat gejala maksiat yang berlaku di hotel-hotel bajet tersebut?
-
Setakat mana penglibatan dan kejayaan JAIS dalam membenteras gejala maksiat di hotel-hotel bajet tersebut?
149) TANAH KERAJAAN NEGERI DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nama projek perumahan / perdagangan di sebidang tanah kosong di Jalan Cendena 5, Taman Muhibbah, Banting Selangor? Adakah tanah rizab untuk membina sebuah padang permainan kanak-kanak di tanah lapang tersebut
-
Berapakah keluasannya
-
Apakah kelengkapan yang ada pada padang permainan kanak-kanak ini?
149) PROJEK KEDIAMAN TERBENGKALAI DI PULAU INDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Sedia maklum yang kita semua tahu dan akui untuk memiliki kediaman menjadi impian setiap rakyat yang telah menjadi ketua keluarga. Apakah nasib bagi pembeli-pembeli kediaman teres dan pangsapuri di Pulau Indah yang mana projek-projek tersebut telah terbengkalai dan mereka akan di isytiharkan muflis oleh pihak bank?
-
Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban pembeli- pembeli tersebut yang terpaksa menanggung segala kos dan kerugian?
-
Adakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang dari Kerajaan Negeri bagi membantu memulihkan projek kediaman yang telah terbengkalai?
149) MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (MDKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama Ahli Majlis MDKS yang terkini berdasarkan parti yang di wakili.
-
Nyatakan kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh setiap Ahli Majlis MDKS.
-
Nyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan oleh Ahli Majlis MDKS dari tahun 2013 hingga 2017.
149) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan projek yang telah dilaksanakan dan berapakah jumlah kos tersebut?
-
Sila senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan dan kos mengikut kawasan DUN.
149) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kelajuan dan keluasan liputan minima yang boleh dicapai bagi setiap hotspot.
-
Pihak mana yang akan bertanggungjawab serta apakah tindakan yang akan diambil terhadap setiap aduan mengenai perkhidmatan Wifi Selangorku?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menambah kelajuan hotspot?
149) Rumah Selangorku
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan projek RSKU yang masih dalam pembinaan mengikut daerah dan projek RSKU belum mula sehingga Oktober 2020?
-
Nyatakan tindakan LPHS dalam usaha mempercepatkan projek RSKU yang masih dalam projek belum bina dan pemaju telah mengambil deposit daripada pembeli?
149) PENDAFTARAN E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan maklumat mengenai pendaftaran e-Kasih mengikut pecahan kaum dan daerah di Selangor.
-
Senaraikan maklumat mengenai bilangan pegawai bancian e-Kasih mengikut daerah di Selangor.
149) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelancong yang melawat ke Negeri Selangor mengikut negara pada tahun 2008-2009?
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelancong melawat ke Negeri Selangor?
149) PEMERBADANAN MENTERI BESAR (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah peranan dan matlamat penubuhan MBI?
-
Sila nyatakan apakah aktiviti utama dan jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh MBI mengikut pecahan daerah?
-
Sila senaraikan Nama Pengerusi dan Pegawai Kanan MBI serta gaji ,elaun dan kesemua kemudahan yang dinikmati?
